Friday, February 28, 2014

Sejarah Logo Syarikat Apple yang perlu anda tahu!

10:34 AM

logo syarikat apple
Steve Jobs bergambar bersama buah Apple
Jenama Apple di era baru ini sering menjadi sebutan oleh sang pencinta teknologi. Tetapi mereka tidak sedar bahawa syarikat ini pernah mengalami jatuh bangun di dalam industri komputer malah pernah bankrap pada satu masa dahulu. Kekuatan utama syarikat ini terletak pada komputer peribadi atau PC yang berlangsung pada thun 70 hingga 80 an. Pada ketika itu, mereka terus menerus melakukan inovasi sehingga kini. Mari kita selusuri sejarah permulaan Apple masa satu masa dahulu. Anda mungkin juga berminat untuk mengetahui sejarah dan evolusi produk Apple.

logo syarikat apple
Steve Wozniak & Steve Jobs
Sebelum Steve Wozniak bersama Steve Jobs menubuhkan Apple, Steve Wozniak merupakan seorang peggodam atau hacker. Kepandaian Steve Wozniak ini memang kelihatan sejak dia masih kecil yang sangat gemar menghitung aljabar dan algoritma matematik. Kemampuan Steve Wozniak ini tentunya sangat bermakna dalam mengangkat hidupnya kerana beliau dan Steve Jobs tergolong di dalam kategori ekonomi menengah ke bawah.

logo syarikat apple
Tema Apple - Think Different
Anda semestinya biasa dengan logo Apple yang berbentuk hasil gigitan pada sebelah kanan seperti gambar diatas ini.

Terdapat satu kisah disebaliknya sebelum logo ini muncul pada hari ini. Perubahan logo juga memainkan peranan penting syarikat dalam menjenamakan produk. Berikut adalah evolusi atau perubahan yang telah dilakukan oleh syarikat Apple.
logo syarikat apple
Evolusi Logo Apple
Pada tahun 1976, logo pertama Apple yang dinamakan sebagai "The Newton Crest" telah dicipta oleh Ronald Wayne. Beliau adalah seorang co-founder Apple pada masa tersebut. Cerita disebalik logo ini ialah pada ketika G. Wozniak dan Steve Jobs membuat keputusan untuk mendirikan Apple, Wozniak meminta seseorang pereka logo daripada steve jobs, maka terpilihlah Wayne, seorang yang dipercayai dan merupakan rakan kerja Steve semasa di Atari.

logo syarikat apple
Logo Pertama Apple - The Newton Crest
Semasa pelawaan tersebut, Wayne telah menyertai Apple dan mendapat tawaran hasil 10% daripada kemunculan Apple yang masih baru dalam industri. Wayne hanya menerima 10% pertamanya bernilai $800 dan telah meninggalkan Apple 2 minggu selepas menyertainya.

Selepas 1 tahun menggunakan logo pertamanya, Steve Job memutuskan untuk mencari seorang pereka untuk membuat perubahan dan memberikan sesuatu yang baru pada logo Apple. Seorang pereka grafik bernama Rob Janoff dipilih untuk memikul tugas itu. Steve hanya mengatakan agar Janoff dapat membuat logo Apple dengan lebih moden. Lalu terciptalah logo baru Apple yang digarap oleh Janoff sendiri.

logo syarikat apple
Logo Kedua Apple - The Rainbow Logo


Simbolik gigitan yang terpamer pada logo Apple tersebut menandakan  ia menunjukkan sebuah implementasi dari buah Apple itu sendiri. Dari segi penggunaan warna, Apple tersebut diselaputi warna pelangi yang merupakan keputusan yang dibuat oleh Steve sendiri. Steve beralasan untuk menimbulkan kesan Humanis pada syarikat Apple. Janoff pula menjelaskan bahawa tidak ada alasan di sebalik pemilihan pelbagai warna pada ketika itu kerana dia hanya fokus pada warna hijau di bahagian atas juga adalah simbolik daun pada buah Apple.

Setelah 22 tahun logo ini digunakan, Steve Jobs kembali kepada syarikat pada tahun 1997 dan memutuskan untuk mengubah keseluruhan warna yang ada. Syarikat Apple ini sudah melaburkan banyak wang. Steve Jobs yang memang selalu mengenal perubahan memutuskan untuk menukar logo tersebuat dengan berpandukan bahawa "Sebuah logo sangatlah berpengaruh pada peningkatan pendapatan"

Uji kaji dibuat tentang mereka logo Apple agar lebih menonjol merupakan salah satu perubahan yang dilakukan oleh Steve Jobs. Sebagai contoh, pelaksanaan pada original Bondi Blue iMac dengan logo Apple pada bahagian atas. Jika tetap menggunakan Logo yang mempunyai pelbagai warna dengan saiz yang agak besar, justeru akan merosakkan penampilan produk itu sendiri. Sejak saat itulah keputusan Steve Jobs menggunakan Logo baru dengan diselaputi monokrom mula ditempatkan serta disebarkan pada khalayak.

logo syarikat apple
Logo Terkini - The Monochrome Logo

Seorang usahawan internet yang mempunyai minat dalam bidang pemasaran internet. Meminati bidang teknologi dan dikongsikan melalui penulisan. Masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia sebagai pelajar ijazah sepenuh masa.

4 comments :

 

© 2014 InfoTeknologi Hak Cipta Terpelihara
Dimiliki oleh Ariltech Enterprise (JM0641755-W). Disokong oleh Templateism