Saturday, April 5, 2014

Cara Mudah Kemaskini Perisian Terkini!

Perkongsian kali ini berkaitan dengan perisian yang ada pada laptop atau komputer anda. Andai komputer anda baru sahaja dibeli di kedai-kedai komputer dan masih baru, kebiasaannya akan dibekalkan dengan perisian percuma yang telah dipasangkan pada komputer anda seperti perisian microsoft office, pelayar chrome, adobe reader, media player, codec pack dan lain-lain lagi. Perisian percuma ini kebiasaannya tidak dikemaskini oleh orang yang menjual disebabkan untuk memudahkan kerja mereka. Begitu juga apabila anda melakukan format pada komputer anda di kedai servis komputer, mereka mungkin tidak mengemaskini perisian terkini dan hanya bekalkan perisian yang mungkin lebih setahun lamanya.

Adakah penting melakukan kemaskini perisian?

Kepentingan melakukan kemaskini perisian adalah anda akan menerima kemaskini terbaru daripada pemilik perisian tersebut dan ianya mungkin dapat menyelamatkan komputer anda daripada anasir-anasir jahat seperti godaman melalui antivirus anda. Justeru, ia menghalang perbuatan ini daripada berlaku. Kesedaran ini perlu ada pada setiap pengguna yang menggunakan komputer sebagai alat untuk berkomunikasi supaya lebih selamat berada di laman maya. Tidak dihadkan pada perisian antivirus sahaja, tetapi pada perisian lain juga yang memperkenalkan feature baru untuk pengguna. Kelebihan feature baru adalah untuk menaik taraf perisian tersebut agar diterima positif oleh pengguna. Jadi, sangat penting untuk anda mengemaskini perisian anda.

Pelbagai perisian boleh dipasangkan pada komputer anda bergantung pada kapisiti untuk menampung berat sesuatu perisian tersebut. Sekiranya anda mempunyai ruang storan yang besar sebagai contoh 1 terabyte, anda boleh memasang lebih banyak perisian padanya. Tetapi tindakan dan operasi perisian tersebut bergantung pada kelajuan processor dan juga RAM anda. RAM adalah "Random Access Memory" iaitu penyimpanan sementara dimana boleh disifatkan sebagai ruang meja kita dimana ia boleh diletak berapa banyak barang diatasnya bergantung pada saiz meja anda. Semakin luas meja anda, semakin banyak barang yang boleh diletakkan dan mudah atau pantas untuk barang itu dicapai. Andai sebaliknya berlaku, ia hanya boleh muatkan barang yang terhad saja dan menyukarkan proses pindah barang. Pada sudut RAM pula, semakin besar kapasiti RAM, semakin laju dan pantas sesuatu perlaksanaan.

Bagaimana untuk mencari perisian? 

Sumber perisian menjadi sukar apabila anda tidak tahu bagaimana untuk mencarinya. Terdapat banyak cara untuk mencari perisian ini antaranya melalui google. Carian yang dibuat kebanyakannya daripada platform blog dan juga website seperti filehippo.com. Anda juga boleh memuat turun perisian baru di forum seperti warez-bb.org yang merupakan salah satu lubuk perisian yang terbesar di laman maya. Filehippo antara web yang sering digunakan untuk memuat turun perisian percuma versi terkini. Ia juga platform yang menyediakan shareware dan demo perisian yang berbayar. Anda juga bebas untuk menilai perisian yang popular di laman tersebut melalui penilaian review dan rating yang diberikan oleh pengguna.

Ada cara yang lebih baik untuk mencari perisian?

Aril ingin memperkenalkan pada anda perisian yang menyediakan perisian terkini. Maksudnya ialah anda hanya perlu pasang perisian ini pada komputer anda dan memakainya untuk mengemaskini versi terkini perisian yang telah dipasang pada komputer anda. Untuk memastikan proses muat turun berjalan lancar, anda perlu mempunyai sambungan internet apabila perisian tersebut beroperasi. Perisian ini dinamakan Software Informer. Ia adalah sepenuhnya PERCUMA dan juga mempunyai blog yang tersendiri dimana ia menampilkan berita perisian terkini dan juga perisian yang popular perlu ada pada komputer anda.

Berikut adalah bentuk paparan perisian ini. Anda boleh memuat turun link di sini.

Muat turun Software Informer 

perisian terkini
Fungsi perisian yang perlu anda ketahui!

Gambar diatas menunjukkan tampilan entri berkaitan fungsi sesuatu perisian yang boleh digunakan. Gambar dibawah pula menunjukkan kemaskini perisian yang ada pada komputer anda. Anda boleh memuat turun perisian baru hanya dengan satu klik sahaja tanpa perlu susah mencarinya di mana-mana.

perisian terkini
Muat turun perisian terkini!

Perhatikan kotak merah diatas iaitu BlueStacks App Player. Anda boleh lihat versi terkini iaitu 0.8.7. Klik pada Download (10MB) dan secara automatik perisian ini akan dipasang. Jika dilihat di sebelah kanan paparan, nombor 6 adalah jumlah komen yang diberikan oleh pengguna dan 32 adalah soalan yang telah diutarakan. Anda juga boleh menambahnya dan turut berpeluang memberikan rating dengan klik berapa star yang perlu diberikan pada perisian yang anda guna.

Untuk mencari perisian lain, anda boleh menaipnya di ruang atas sebelah kanan iaitu "Search for software". Ada perisian yang anda cari adalah percuma dan kemungkinan juga berbayar. Ia akan dinyatakan sekali pada perisian yang anda cari.

Gambar dibawah menunjukkan perisian yang telah dipasang. Melalui pemasangan ini, anda boleh menilai perisian yang anda gunakan sama ada ianya mempunyai rating yang baik atau tidak dan juga kesesuaiannya pada sistem operasi anda.

perisian terkini
Lihat perisian yang dipasang!

Melalui ruang "Recommendations", pelbagai perisian popular yang dicadangkan yang antaranya mempunyai vote yang tinggi oleh pengguna. Sudah tentu ianya baik untuk komputer anda dan anda tidak perlu ragui kebolehan perisian tersebut. Gunakan perisian mengikut keperluan anda.

perisian terkini
Pilihan perisian terbaik antara pengguna!

Nasihat terakhir apabila anda menggunakan sebarang perisian, sila muat turun perisian yang perlu sahaja supaya dapat menjimatkan storan pada komputer dan ianya lebih terurus dan tersusun. Anda lebih mudah untuk mencarinya. Semakin banyak perisian kadangkala berpotensi membawa penyakit pada komputer anda lebih-lebih lagi melibatkan perisian yang dipasang memerlukan crack untuk berfungsi sepenuhnya. Kawal selia komputer anda agak tiada virus yang beranak pinak sehingga mengundang kerosakan pada perkakas anda.

Aril rasa setakat itu sahaja perkongsian mengenai perisian ini. Terima kasih sudi datang menjenguk dan berharap anda untuk memberi sebarang komen sekiranya ada sebarang kesulitan.

 

© 2014 InfoTeknologi Hak Cipta Terpelihara
Dimiliki oleh Ariltech Enterprise (JM0641755-W). Disokong oleh Templateism