Saturday, July 19, 2014

Simkad Terbaik 2014: HULK 4G LTE CELCOM !

Tahukah anda? simkad menjadi tumpuan anak-anak muda yang mejadikan internet sebagai platform penting saat ini. Anak muda terutamanya pelajar Universiti, Kolej dan Politeknik amat memerlukannya bagi tujuan bersosial di laman maya, memuat turun video klip dan juga movie. Tidak ketinggalan mereka menggunakannya bagi tujuan menyiapkan tugasan. Di dalam pemilihan simkad, mereka mahukan simkad yang tidak mahal pakej langganan bulanan sehingga membebankan mereka sebagai status pelajar.

Fastest 2014: Celcom 4G LTE

Pelbagai jenis simkad telah dikeluarkan oleh syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Maxis, Digi, dan terbaru iaitu Altel. Tujuan post ini ingin membawa berita gembira buat anda semua yang masih berstatus pelajar yang mahukan simkad yang terbaik. Simkad terbaik tahun ini diberi nama HULK 4G LTE CELCOM! disebabkan kehebatannya bagi melayari internet secara pantas dan "unlimited", ia diberi nama "HULK".

Simkad 2014: HULK 4G LTE CELCOM

Sudah tentu anda mahu mengetahui kelebihan yang ada pada simkad HULK ini berbanding simkad lain. Berikut adalah 10 KELEBIHAN yang perlu anda ketahui!

  1. Support speed 3G kelajuan 64 KB - 6 MB/s
  2. Support speed 4G LTE kelajuan 7 MB - 40 MB/s
  3. Boleh "renew" simkad jika HILANG/ROSAK
  4. Tiada had umur
  5. Langganan internet hanya RM38/bulan
  6. Boleh tambah Quota
  7. Boleh guna pada Handphone, Modem, dan Ipad
  8. Boleh daftar diatas nama sendiri
  9. Boleh SMS, CALL, & INTERNET!
  10. Ada trick untuk UNLIMITED tanpa BOOSTER! (Tiada jaminan BOLEH UNLIMITED selamanya)
Pakej langganan RM38/bulan anda akan nikmati sebanyak 1.5GB. Tetapi ia tidak menghalang anda untuk menikmatinya lebih dari nilai tersebut. Anda boleh:-

  • UNLIMITED Facebook
  • UNLIMITED muat turun YOUTUBE, MOVIE
  • UNLIMITED Watsapp, Wechat
JAMINAN kami adalah:-

  • DIJAMIN simkad sampai selepas buat pembayaran
  • DIJAMIN simkad anda support 4G LTE
  • DIJAMIN simkad ini adalah simkad pelan internet bulanan termurah
  • DIJAMIN boleh tambah kuota
  • DIJAMIN pakej CALL/SMS adalah termurah (28 sen/3 minit & 2 sen/sms)
CAJ PANGGILAN + SMS

CARA MELANGGAN PELAN INTERNET HULK 4G

BULAN PERTAMA
  1. Pastikan anda TOPUP sebanyak RM30 sahaja atau lebih (Kredit tersedia sebanyak RM15!) (Langganan bulanan RM38/bulan)
  2. Taip Mi38 dan SMS ke 28882
  3. Tunggu balasan SMS daripada pihak CELCOM
  4. Kemudian balas SMS mengikut arahan yang diberikan
  5. Tunggu SMS pengesahan daripada CELCOM sebelum anda boleh melayari internet
BULAN KEDUA
  1. Pastikan anda TOPUP sebanyak RM40 sahaja atau lebih (Langganan bulanan RM38/bulan)
  2. Taip Mi38 dan SMS ke 28882
  3. Tunggu balasan SMS daripada pihak CELCOM
  4. Kemudian balas SMS mengikut arahan yang diberikan
  5. Tunggu SMS pengesahan daripada CELCOM sebelum anda boleh melayari internet
Tahukah anda? simkad HULK ini menawarkan penjimatan dan langgan internet yang murah termasuk SMS dan CALL. Ramai pengguna smartphone, laptop dan tablet berusaha mencari simkad ini yang super murah!

Anda harus tahu bahawa simkad ini tidak mempunyai pengeluaran yang banyak. Stok sentiasa TERHAD! Apabila anda membaca ruangan ini, anda harus keluar dengan jawapan sama ada Ya atau Tidak untuk melanggannya.

Anda tidak perlu bayar lebih setiap bulan! dengan serendah RM38, anda mampu menikmati internet semaksimum mungkin. Dapatkannya sekarang sebelum stok habis! jangan tunggu lagi. Peluang ini hanya datang sekali sahaja.

Bagaimana untuk membeli simkad HULK ini?

Dengan HARGA PROMOSI, anda hanya perlu bayar RM50 sahaja!
  • FREE kos penghantaran
  • FREE RM15 kredit tersedia
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda cuma perlu hantar KOD PROMOSI dengan 

SMS "HULK" ke 013-2849837 (SMS, WATSAPP, WECHAT)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mari kita lihat sejauh mana kebekersanan simkad HULK 4G LTE!




Apa tunggu lagi..tempah sekarang! STOK SEMAKIN TERHAD!

Saturday, April 5, 2014

Cara Mudah Kemaskini Perisian Terkini!

Perkongsian kali ini berkaitan dengan perisian yang ada pada laptop atau komputer anda. Andai komputer anda baru sahaja dibeli di kedai-kedai komputer dan masih baru, kebiasaannya akan dibekalkan dengan perisian percuma yang telah dipasangkan pada komputer anda seperti perisian microsoft office, pelayar chrome, adobe reader, media player, codec pack dan lain-lain lagi. Perisian percuma ini kebiasaannya tidak dikemaskini oleh orang yang menjual disebabkan untuk memudahkan kerja mereka. Begitu juga apabila anda melakukan format pada komputer anda di kedai servis komputer, mereka mungkin tidak mengemaskini perisian terkini dan hanya bekalkan perisian yang mungkin lebih setahun lamanya.

Adakah penting melakukan kemaskini perisian?

Kepentingan melakukan kemaskini perisian adalah anda akan menerima kemaskini terbaru daripada pemilik perisian tersebut dan ianya mungkin dapat menyelamatkan komputer anda daripada anasir-anasir jahat seperti godaman melalui antivirus anda. Justeru, ia menghalang perbuatan ini daripada berlaku. Kesedaran ini perlu ada pada setiap pengguna yang menggunakan komputer sebagai alat untuk berkomunikasi supaya lebih selamat berada di laman maya. Tidak dihadkan pada perisian antivirus sahaja, tetapi pada perisian lain juga yang memperkenalkan feature baru untuk pengguna. Kelebihan feature baru adalah untuk menaik taraf perisian tersebut agar diterima positif oleh pengguna. Jadi, sangat penting untuk anda mengemaskini perisian anda.

Pelbagai perisian boleh dipasangkan pada komputer anda bergantung pada kapisiti untuk menampung berat sesuatu perisian tersebut. Sekiranya anda mempunyai ruang storan yang besar sebagai contoh 1 terabyte, anda boleh memasang lebih banyak perisian padanya. Tetapi tindakan dan operasi perisian tersebut bergantung pada kelajuan processor dan juga RAM anda. RAM adalah "Random Access Memory" iaitu penyimpanan sementara dimana boleh disifatkan sebagai ruang meja kita dimana ia boleh diletak berapa banyak barang diatasnya bergantung pada saiz meja anda. Semakin luas meja anda, semakin banyak barang yang boleh diletakkan dan mudah atau pantas untuk barang itu dicapai. Andai sebaliknya berlaku, ia hanya boleh muatkan barang yang terhad saja dan menyukarkan proses pindah barang. Pada sudut RAM pula, semakin besar kapasiti RAM, semakin laju dan pantas sesuatu perlaksanaan.

Bagaimana untuk mencari perisian? 

Sumber perisian menjadi sukar apabila anda tidak tahu bagaimana untuk mencarinya. Terdapat banyak cara untuk mencari perisian ini antaranya melalui google. Carian yang dibuat kebanyakannya daripada platform blog dan juga website seperti filehippo.com. Anda juga boleh memuat turun perisian baru di forum seperti warez-bb.org yang merupakan salah satu lubuk perisian yang terbesar di laman maya. Filehippo antara web yang sering digunakan untuk memuat turun perisian percuma versi terkini. Ia juga platform yang menyediakan shareware dan demo perisian yang berbayar. Anda juga bebas untuk menilai perisian yang popular di laman tersebut melalui penilaian review dan rating yang diberikan oleh pengguna.

Ada cara yang lebih baik untuk mencari perisian?

Aril ingin memperkenalkan pada anda perisian yang menyediakan perisian terkini. Maksudnya ialah anda hanya perlu pasang perisian ini pada komputer anda dan memakainya untuk mengemaskini versi terkini perisian yang telah dipasang pada komputer anda. Untuk memastikan proses muat turun berjalan lancar, anda perlu mempunyai sambungan internet apabila perisian tersebut beroperasi. Perisian ini dinamakan Software Informer. Ia adalah sepenuhnya PERCUMA dan juga mempunyai blog yang tersendiri dimana ia menampilkan berita perisian terkini dan juga perisian yang popular perlu ada pada komputer anda.

Berikut adalah bentuk paparan perisian ini. Anda boleh memuat turun link di sini.

Muat turun Software Informer 

perisian terkini
Fungsi perisian yang perlu anda ketahui!

Gambar diatas menunjukkan tampilan entri berkaitan fungsi sesuatu perisian yang boleh digunakan. Gambar dibawah pula menunjukkan kemaskini perisian yang ada pada komputer anda. Anda boleh memuat turun perisian baru hanya dengan satu klik sahaja tanpa perlu susah mencarinya di mana-mana.

perisian terkini
Muat turun perisian terkini!

Perhatikan kotak merah diatas iaitu BlueStacks App Player. Anda boleh lihat versi terkini iaitu 0.8.7. Klik pada Download (10MB) dan secara automatik perisian ini akan dipasang. Jika dilihat di sebelah kanan paparan, nombor 6 adalah jumlah komen yang diberikan oleh pengguna dan 32 adalah soalan yang telah diutarakan. Anda juga boleh menambahnya dan turut berpeluang memberikan rating dengan klik berapa star yang perlu diberikan pada perisian yang anda guna.

Untuk mencari perisian lain, anda boleh menaipnya di ruang atas sebelah kanan iaitu "Search for software". Ada perisian yang anda cari adalah percuma dan kemungkinan juga berbayar. Ia akan dinyatakan sekali pada perisian yang anda cari.

Gambar dibawah menunjukkan perisian yang telah dipasang. Melalui pemasangan ini, anda boleh menilai perisian yang anda gunakan sama ada ianya mempunyai rating yang baik atau tidak dan juga kesesuaiannya pada sistem operasi anda.

perisian terkini
Lihat perisian yang dipasang!

Melalui ruang "Recommendations", pelbagai perisian popular yang dicadangkan yang antaranya mempunyai vote yang tinggi oleh pengguna. Sudah tentu ianya baik untuk komputer anda dan anda tidak perlu ragui kebolehan perisian tersebut. Gunakan perisian mengikut keperluan anda.

perisian terkini
Pilihan perisian terbaik antara pengguna!

Nasihat terakhir apabila anda menggunakan sebarang perisian, sila muat turun perisian yang perlu sahaja supaya dapat menjimatkan storan pada komputer dan ianya lebih terurus dan tersusun. Anda lebih mudah untuk mencarinya. Semakin banyak perisian kadangkala berpotensi membawa penyakit pada komputer anda lebih-lebih lagi melibatkan perisian yang dipasang memerlukan crack untuk berfungsi sepenuhnya. Kawal selia komputer anda agak tiada virus yang beranak pinak sehingga mengundang kerosakan pada perkakas anda.

Aril rasa setakat itu sahaja perkongsian mengenai perisian ini. Terima kasih sudi datang menjenguk dan berharap anda untuk memberi sebarang komen sekiranya ada sebarang kesulitan.

Friday, February 28, 2014

Sejarah Logo Syarikat Apple yang perlu anda tahu!

logo syarikat apple
Steve Jobs bergambar bersama buah Apple
Jenama Apple di era baru ini sering menjadi sebutan oleh sang pencinta teknologi. Tetapi mereka tidak sedar bahawa syarikat ini pernah mengalami jatuh bangun di dalam industri komputer malah pernah bankrap pada satu masa dahulu. Kekuatan utama syarikat ini terletak pada komputer peribadi atau PC yang berlangsung pada thun 70 hingga 80 an. Pada ketika itu, mereka terus menerus melakukan inovasi sehingga kini. Mari kita selusuri sejarah permulaan Apple masa satu masa dahulu. Anda mungkin juga berminat untuk mengetahui sejarah dan evolusi produk Apple.

logo syarikat apple
Steve Wozniak & Steve Jobs
Sebelum Steve Wozniak bersama Steve Jobs menubuhkan Apple, Steve Wozniak merupakan seorang peggodam atau hacker. Kepandaian Steve Wozniak ini memang kelihatan sejak dia masih kecil yang sangat gemar menghitung aljabar dan algoritma matematik. Kemampuan Steve Wozniak ini tentunya sangat bermakna dalam mengangkat hidupnya kerana beliau dan Steve Jobs tergolong di dalam kategori ekonomi menengah ke bawah.

logo syarikat apple
Tema Apple - Think Different
Anda semestinya biasa dengan logo Apple yang berbentuk hasil gigitan pada sebelah kanan seperti gambar diatas ini.

Terdapat satu kisah disebaliknya sebelum logo ini muncul pada hari ini. Perubahan logo juga memainkan peranan penting syarikat dalam menjenamakan produk. Berikut adalah evolusi atau perubahan yang telah dilakukan oleh syarikat Apple.
logo syarikat apple
Evolusi Logo Apple
Pada tahun 1976, logo pertama Apple yang dinamakan sebagai "The Newton Crest" telah dicipta oleh Ronald Wayne. Beliau adalah seorang co-founder Apple pada masa tersebut. Cerita disebalik logo ini ialah pada ketika G. Wozniak dan Steve Jobs membuat keputusan untuk mendirikan Apple, Wozniak meminta seseorang pereka logo daripada steve jobs, maka terpilihlah Wayne, seorang yang dipercayai dan merupakan rakan kerja Steve semasa di Atari.

logo syarikat apple
Logo Pertama Apple - The Newton Crest
Semasa pelawaan tersebut, Wayne telah menyertai Apple dan mendapat tawaran hasil 10% daripada kemunculan Apple yang masih baru dalam industri. Wayne hanya menerima 10% pertamanya bernilai $800 dan telah meninggalkan Apple 2 minggu selepas menyertainya.

Selepas 1 tahun menggunakan logo pertamanya, Steve Job memutuskan untuk mencari seorang pereka untuk membuat perubahan dan memberikan sesuatu yang baru pada logo Apple. Seorang pereka grafik bernama Rob Janoff dipilih untuk memikul tugas itu. Steve hanya mengatakan agar Janoff dapat membuat logo Apple dengan lebih moden. Lalu terciptalah logo baru Apple yang digarap oleh Janoff sendiri.

logo syarikat apple
Logo Kedua Apple - The Rainbow Logo


Simbolik gigitan yang terpamer pada logo Apple tersebut menandakan  ia menunjukkan sebuah implementasi dari buah Apple itu sendiri. Dari segi penggunaan warna, Apple tersebut diselaputi warna pelangi yang merupakan keputusan yang dibuat oleh Steve sendiri. Steve beralasan untuk menimbulkan kesan Humanis pada syarikat Apple. Janoff pula menjelaskan bahawa tidak ada alasan di sebalik pemilihan pelbagai warna pada ketika itu kerana dia hanya fokus pada warna hijau di bahagian atas juga adalah simbolik daun pada buah Apple.

Setelah 22 tahun logo ini digunakan, Steve Jobs kembali kepada syarikat pada tahun 1997 dan memutuskan untuk mengubah keseluruhan warna yang ada. Syarikat Apple ini sudah melaburkan banyak wang. Steve Jobs yang memang selalu mengenal perubahan memutuskan untuk menukar logo tersebuat dengan berpandukan bahawa "Sebuah logo sangatlah berpengaruh pada peningkatan pendapatan"

Uji kaji dibuat tentang mereka logo Apple agar lebih menonjol merupakan salah satu perubahan yang dilakukan oleh Steve Jobs. Sebagai contoh, pelaksanaan pada original Bondi Blue iMac dengan logo Apple pada bahagian atas. Jika tetap menggunakan Logo yang mempunyai pelbagai warna dengan saiz yang agak besar, justeru akan merosakkan penampilan produk itu sendiri. Sejak saat itulah keputusan Steve Jobs menggunakan Logo baru dengan diselaputi monokrom mula ditempatkan serta disebarkan pada khalayak.

logo syarikat apple
Logo Terkini - The Monochrome Logo

Thursday, February 27, 2014

Sejarah & Evolusi Produk Apple

Tahukah anda bahawa terdapat banyak perubahan demi perubahan berlaku di dalam perkembangan Apple. Mari kita selusuri serba sedikit info berkaitan syarikat ini. Apple Inc. ditubuhkan pada tarikh 1 April, 1976 dan sekarang menjadi Apple Computer, Inc. pada tarikh 3 Januari, 1977. Pada 9 Januari 2007 pula, kata "Computer" dikeluarkan untuk mencerminkan fokus Apple terhadap bidang elektronik pengguna iPhone.

Apple semakin dikenali akan produk perisian yang dimilikinya antaranya sistem operasi OS X dan iOS, pemain muzik iTunes, serta pelayar web Safari, dan peranti keras diantaranya komputer meja iMac, komputer riba MacBook Pro, pemain lagu iPod, serta telefon pintar iPhone.

Berikut merupakan evolusi produk yang dikeluarkan oleh apple sendiri daripada dahulu sehingga kini.

evolusi produk apple
Apple II: 1977
Apple II: 1977 
Diperkenalkan pada tahun 1977, komputer 8-bit direka oleh Steve Wozniak adalah salah satu komputer peribadi pertama yang berjaya.

evolusi produk apple
Apple IIC: 1984
Apple IIC: 1984
Apple menyedari kepentingan produk yang lebih kecil, reka bentuk ringan dengan model keempat dalam siri Apple II, Apple IIC. Komputer mempunyai segala kuasa Apple II asal mempunyai berat hanya 7.5 pound.

evolusi produk apple
Macintosh  Classic: 1990
Macintosh Classic: 1990
Apple Macintosh yang pertama untuk dijual di bawah $ 1,000, Macintosh Classic dipaparkan pemproses 8Mhz, skrin 9-inci dan 4 megabytes memori.

evolusi produk apple
iMac G3: 1998
iMac G3: 1998
Direka oleh Johnathan Ive, semua dalam satu siri iMac G3 berwarna-warni terus menjimatkan ruang pada meja anda dengan merangkumi kedua-dua monitor dan komputer dalam satu unit.

evolusi produk apple
iBook: 1999
iBook: 1999
Dikenali sebagai "kulit kerang", laptop ini telah dipasarkan kepada pengguna dan pendidik.

evolusi produk apple
PowerBook G4: 2001
PowerBook G4: 2001
Powerbook siri ini adalah Laptop Apple berkuasa tinggi, menawarkan lebih kuasa dan tag harga yang besar daripada iBook.

evolusi produk apple
iPod Classic: 2001
iPod Classic: 2001
Asalnya dikeluarkan pada tahun 2001, iPod merevolusikan cara kita mendengar dan dijalankan di sekitar muzik. Peranti asal adalah pendahulu kepada lima versi iPod, iaitu Mini, Nano, Shuffle, dan Touch.

evolusi produk apple
iMac G5: 2004
iMac G5: 2004
Pertama dikeluarkan pada tahun 2004, iMac G5 nipis disokong pemprosesan 1.6-2.1GHz.

evolusi produk apple
iPod Nano: 2005
iPod Nano: 2005
Diperkenalkan sebagai gantian untuk iPod mini, siri iPod Nano ditawarkan lebih penyimpanan dan reka bentuk yang ramping.

evolusi produk apple
MacBook Pro: 2006
MacBook Pro: 2006
Memaparkan aluminium shell, Pro MacBook yang diganti G4 PowerBook sebagai laptop pilihan Apple.

evolusi produk apple
iPod Touch: 2007
iPod Touch: 2007 
Lebih berkebolehan daripada iPod sebelumnya, iPod Touch dihantar semua reka bentuk skrin dan berfungsi sebagai pemain media mudah alih, platform mudah alih Wi-Fi, konsol permainan dan pembantu digital.

evolusi produk apple
iPhone: 2007
iPhone: 2007
Diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Apple pada tahun 2007, iPhone, dibantu oleh sistem operasi anggun dan kedai aplikasi, dengan pantas menjadi pilihan carian di telefon pintar.

evolusi produk apple
MacBook Air: 2008
MacBook Air: 2008
Apabila kali pertama memperkenalkan MacBook Air yang diwawarkan sebagai "Laptop Ternipis di Dunia" yang mempunyai berat hanya 3 pound.

evolusi produk apple
iPad: 2010
iPad: 2010
Merapatkan jurang antara telefon pintar dan komputer riba, iPad Apple membekalkan kemudahan mudah alih telefon dengan paparan sentuh yang lebih besar.

evolusi produk apple
iPad Mini: 2012
iPad Mini: 2012
Diperkenalkan pada bulan Oktober 2012, Mini iPad dikecilkan 7.9" dan dijual bersama 100 juta barisan produk iPad.

Wednesday, February 26, 2014

Samsung Galaxy S5 akan dilepaskan April 2014!

samsung galaxy 5
Samsung Galaxy 5
Samsung suka membuat kejutan apabila ia mengumumkan jenama baru telefon pintar Galaxy. Pelancaran Galaxy S5 di Barcelona adalah tiada bezanya. Tetapi kali ini tumpuan adalah pada telefon pintar dan tidak pada ciri-ciri yang mungkin atau tidak boleh berfungsi. Mungkin Samsung telah belajar sesuatu dari pelancaran Galaxy S4 iaitu pada tahun lepas bahawa majlis itu terlalu dipamerkan dan peranti terlalu sarat dengan ciri-ciri yang berfungsi lebih sebagai gimik pemasaran daripada apa-apa yang benar-benar membantu pengguna.

s5 dan gear 2
Samsung Galaxy 5 bersama Gear 2
Pelancaran Galaxy S5 mempunyai tiada sejumlah besar orang atau kanak-kanak menari daripada tahun lepas. Perkara yang sama boleh dikatakan untuk peranti. Bagi Galaxy S5, Samsung telah memberi tumpuan kepada ciri-ciri gaya hidup untuk pengguna dan kurang kepada teknologi whiz-bang . Jika Samsung boleh hidup sehingga mesej ringkas daripada pengumuman pelancaran di Mobile World Congress di Barcelona, ​​

Galaxy S5 mungkin berakhir menjadi alat yang lebih baik dan lebih menarik daripada sebelumnya. Samsung Galaxy S5 akan dilancarkan pada 11 April di 150 buah negara. Pemasaran Samsung untuk telefon ini memberi tumpuan kepada lima aspek pengalaman pengguna iaitu reka bentuk, kamera, sambungan pantas, keselamatan dan kecergasan.

Reka Bentuk

s5 biru, putih, hitam, tembaga emas
Biru, Putih, Hitam dan Tembaga Emas
Galaxy S5 akan datang dalam empat warna berbeza (biru, putih, hitam dan tembaga emas) dengan penutup belakang yang berlubang. Ia menyokong Full HD Super AMOLED paparan 5.1 inci dengan skrin yang menyesuaikan diri dengan keadaan cahaya dan juga sebagai ciri malap baru apabila anda berada di dalam bilik gelap. Telefon pintar ini mempunyai bateri 2800 mAh dan versi baru ciri-ciri penjimatan kuasa yang telah menghiasi telefon sebelumnya selaras S line.

s5 bateri 2800 mAh
Membekalkan 2800 mAh Bateri
TouchWiz, pelancar custom Samsung, telah melunakkan dan dipermudahkan, juga dilepaskan menarik, memandangkan versi terdahulu TouchWiz selalunya lebih berkesan mendapatkan jalan kepada pengguna daripada membantu mereka beroperasi telefon pintar mereka.

Kamera

s5 kamera 16 megapiksel
Kamera 16 Megapiksel
Samsung melunakkan semua ciri-ciri dalam kamera untuk pelancaran Galaxy S5. Kamera 16 megapiksel menggunakan chipset sendiri dalam telefon dan ciri-ciri autofocus automatik baru. Galaxy S5 menyokong high dynamic range (HDR) fungsi pengimejan baru yang Samsung mengatakan ia boleh mengawal fokus cahaya apabila mengambil gambar.

HDR di Galaxy S5 juga akan bekerjasama dengan video, yang agak baru dalam dunia telefon pintar. Samsung juga adalah menyediakan ciri dalam kamera yang dipanggil Focus Select yang membolehkan jurugambar untuk memberi tumpuan kepada satu objek manakala kaburkan yang lain. Pada pandangan pertama, ini seolah-olah menjadi ciri dalam camera's viewfinder, bukan alat foto-mengedit.

Sambungan Pantas

s5 ultra power saving mode
Mempunyai Ciri Ultra Power Saving Mode
Galaxy S5 akan menyokong sehingga lapan band-LTE, yang bermakna ia akan bekerja di luar kotak kira-kira mana-mana pasaran di dunia. Ia juga mempunyai Wi-Fi MIMO (802.11ac) dan "download booster" yang kononnya menggabungkan isyarat data untuk melajukan muat turun. Samsung mendakwa Galaxy S5 boleh memuat turun gigabit data dalam 30 saat.

Ciri baru "ultra power saving mode" akan menjimatkan bateri dengan menutup telefon ini ke tahap idle dengan hanya teks dan keupayaan telefon sahaja berfungsi. Samsung mendakwa bahawa apabila bateri jatuh kepada 10%, telefon akan pergi ke ultra power saving mode, membenarkan ia untuk berjaga sehingga 24 jam.

Perlindungan & Keselamatan

s5 pengimbas cap jari
Mempunyai Pengimbas Cap Jari
Samsung mempunyai jenama pengimbas cap jari baru dalam Galaxy S5 yang akan membolehkan pembayaran mudah alih (dengan PayPal), suatu "private mode" yang mengunci gambar dan data anda dengan cap jari anda. Ciri "kid mode" direka untuk ibu bapa yang anak-anak menggunakan peranti mereka iaitu ia menghadkan apa yang anak mereka boleh akses.

Galaxy S5 adalah tahan daripada air dan habuk, ia memenuhi satu "ingress protection" standard dipanggil IP67. Ia akan dapat bertahan daripada terkena hujan, tetapi tidak sehingga anda berenang di tasik. Tahan air tidak bermakna kalis air. Pengguna perniagaan boleh memerintahkan Galaxy S5 dengan ciri-ciri keselamatan Knox Samsung. Telefon pintar ini juga dimasukkan ke perkhidmatan mudah alih Google.


Kecergasan

Keupayaan kecergasan Galaxy S5 dibalut di sekeliling pergelangan tangan anda. Samsung mempunyai tiga smartwatche baru untuk pergi bersama-sama dengan Galaxy S5 : The Gear 2, Gear Neo dan Gear Fit.

s5 fit, gear 2 neo, gear 2
Dari kiri gambar: Fit, Gear 2 Neo, Gear 2
Peranti Gear baru dibawa dengan berasaskan Linux Tizen berbanding dengan Android satu lelaran pertama Galaxy Gear. Gear 2 mempunyai aplikasi baru dan tetapan dan watch faces yang Gear asal tidak ada. Gear 2 dapat mengesan kadar denyutan jantung dan bermain muzik (dengan 4 GB memori dalaman). Peranti Gear akan dapat sync dengan 17 peranti Galaxy berbeza sebaliknya, Gear Galaxy hanya bekerja dengan Galaxy Note 3 "phablet " pada majlis pelancaran.

s5 gear fit
Gear Fit - Lebih Kecil dan Fokus
Gear Fit adalah lebih kepada kecergasan daripada smartwatch yang lain, kerana ia termasuk monitor kadar jantung dan alat pengukur langkah. Fit ini mempunyai lengkungan, Super AMOLED skrin sentuh peranti dan ianya ringan hanya pada 27 gram. Fit juga akan mempunyai pemberitahuan (notifikasi), ciri yang tidak ada pada pengesan kecergasan.

Untuk menganalisis data ini, Galaxy S5 datang dengan "S app Health" Samsung dan "digital coach". Galaxy S5, seperti smartwatch yang lain , juga datang dengan monitor kadar jantung sendiri, dibina pada belakang peranti di bawah kamera.

s5 monitor kadar jantung
Monitor Kadar Jantung

Sunday, February 23, 2014

Flappy Bird raih lebih kurang RM160,000 Sehari!

flappy bird
Flappy Bird
Permainan mudah alih telefon pintar yang kian melonjak naik pada tahun 2014 iaitu Flappy Bird telah menjadi satu fenomena permainan yang paling diminati dan juga dibenci oleh semua orang. Permainan ini membawa konsep yang berbeza berbanding permainan aplikasi yang lain. Pembangun aplikasi permainan ini iaitu Dong Nguyen berasal daripada Vietnam di dalam sesi temu bualnya bersama The Verge menyatakan permainan ini telah bertukar menjadi durian runtuh buat beliau dan juga mendedahkan kepopularan permainan ini menduduki carta teratas di App Store dan Google Play store.

flappy bird
Flappy Bird menduduki carta teratas App Store
Beliau mendedahkan menerima pendapatan purata sebanyak $50,000 sehari daripada iklan di aplikasi tersebut iaitu kira-kira RM164,725 di dalam ringgit malaysia. Sekiranya anda pemain Flappy Bird, permainannya cukup mudah iaitu anda perlu tekan pada skrin untuk menggerakkan burung anda ke atas dan perlu dikawal untuk melepasi halangan (paip hijau). Jika anda terlanggar mana-mana halangan, permainan akan berakhir begitu sahaja dan anda perlu bermain semula daripada petak mula. Matlamatnya adalah semata-mata untuk mengumpul skor yang tertinggi mungkin.

Anda kemungkinan besar akan menghabiskan berjam-jam untuk mencapai skor yang tertinggi. Permainan ini akan menjadi ketagihan apabila ia melibatkan persaingan antara rakan-rakan anda. Aplikasi ini telah dimuat turun sebanyak 50 juta kali, dan telah mengumpul lebih 47,000 ulasan di App Store setaraf dengan aplikasi seperti Evernote dan juga Gmail. Permainan mudah alih ini secara umumnya akan mengambil masa berbulan-bulan untuk disiapkan untuk menjadikan sesuatu permainan menjadi ketagihan antara pemain. Akan tetapi Nguyen melakukannya dengan menghabiskan beberapa malam sahaja untuk aplikasi ini apabila beliau pulang ke rumah daripada tempat kerja.

pencipta flappy bird
Pencipta Flappy Bird
"Sebab Flappy Bird begitu popular adalah ia menjadi sesuatu yang berbeza daripada permainan mudah alih hari ini, dan ia merupakan permainan yang baik untuk bersaing dengan satu sama lain, " kata Nguyen. "Orang ramai di dalam kelas yang sama boleh bermain dan bersaing dengan mudah kerana Flappy Bird adalah mudah untuk dipelajari, tetapi anda perlu kemahiran untuk mendapatkan skor yang tinggi." Aplikasi ini serasi dengan Apple Game Center dan Google Play Games, jadi ia mudah untuk membandingkan skor dengan rakan-rakan anda. Anda sudah tentu boleh berkongsi skor anda di Facebook dan Twitter, ia juga membantu kejayaan permainan ini untuk menjadi popular.

flappy bird di telefon pintar dan tablet
Flappy Bird di peranti mudah alih
Nguyen berkata, beliau tidak mempunyai rancangan untuk menukar atau mengemaskini permainan. Flappy Bird telah mencapai satu keadaan di mana apa-apa ditambah pada permainan akan merosakkannya dan saya ingin meninggalkan ia begitu sahaja " dia berkata "Saya akan berfikir tentang kesudahan tetapi saya tidak pasti mengenai masa yang perlu diambil." Pada ketika ini Nguyen mempunyai beberapa permainan popular lain di tangannya.

Dong Nguyen Minta Maaf Menghapuskan Flappy Bird daripada App Store?

Timbul spekulasi diatas perlakuan Dong Nguyen, pemilik Flappy Bird telah menghapuskan permainan mudah alih tersebut di App Store. Melalui twitter nya, Nguyen mengumumkan penghapusan Flappy Bird dan memohon maaf kepada para pencinta permainan ini.

Beliau berkata di twitter nya, "Kira-kira 22 jam daripada sekarang, saya akan mengambil Flappy. Ini tidak berkaitan dengan masalah undang-undang" cuit Nguyen. Sejak dilepaskan pada Mac 2013, jumlah pemainnya mencapai 10 juta di seluruh dunia. Ia sungguh berbeza daripada permainan lain seperti Rovio Entertainment yang menghasilkan Angry Bird dengan ratusan programmer.

Permainan ini telah diilhamkan oleh Nintendo Mario Bros dengan pantas menarik perhatian pencinta permainan aplikasi. Penghapusan ini menimbulkan banyak tanda tanya dan seorang pengurus syarikat permainan menilai tindakan Nguyen menarik Flappy Bird merupakan keputusan yang bijak. Nguyen mengambil langkah menarik diri untuk mengelakkan risiko undang-undang, kerana ia boleh membawa kesulitan atau masalah pada diri seseorang.

flappy bird bunuh orang
7 orang mati disebabkan Flappy Bird

 

© 2014 InfoTeknologi Hak Cipta Terpelihara
Dimiliki oleh Ariltech Enterprise (JM0641755-W). Disokong oleh Templateism