Friday, January 31, 2014

Mari Belajar Bahasa Jepun

Masalah bertutur dalam Bahasa Jepun

Pelbagai perisian seperti Human Japanese, Tell Me More dan Rosetta Stone

bahasa jepun
Selamat datang ke Jepun!

"O genki desu ka"? maknanya "apa khabar semua". Ini adalah perkataan dasar yang biasa disebut-sebut kerna lenggok ayatnya yang ringkas dan mudah dihafal serta disebut.

Rata-rata penduduk Malaysia terutama golongan remaja mempunyai minat untuk mendalami bahasa asing seperti Jepun, German, Spanish, Mandarin, Korea dan lain-lain. Ada yang melanjutkan pelajaran ke luar negara untuk mendalami bahasa asing ini. Tidak kurang juga yang cuba mempelajarinya melalui rancangan drama di televisyen, movie, rancangan realiti dan sebagainya.

Antara rancangan yang menjadi kegilaan remaja kini ialah Running Man iaitu rancangan realiti televisyen di Korea selepas Family Outing. Beratus episod yang telah dikeluarkan dan pasti ramai yang akan mengikutinya. Turut berpengaruh dalam industri hiburan juga adalah band k-pop sendiri daripada korea seperti Big Bang, 2 PM, SNSD, Kara dan banyak lagi. Mereka berjaya membawa identiti mereka sendiri untuk diperkembangkan di seluruh dunia melalui tarian dalam nyanyian.

bahasa jepun
Big Bang VIP
Di dalam era moden, terdapat banyak perisian-perisian yang baru untuk menjadi pengantara memudahkan sistem pembelajaran. Ini merupakan salah satu alternatif untuk mempelajarinya pada peringkat permulaan selain daripada anda mencubanya secara praktikal seperti menghadiri kelas tutorial bahasa jepun, mempelajarinya secara talian, mendapatkan bahan-bahan tutorial dan lain-lain alternatif.

bahasa jepun
Elite Yankee
Memandangkan ramai juga yang meminati adegan anime atau J-Drama, anda boleh belajar gunakan perisian ini secara percuma untuk mendalami bahasa jepun atau dipanggil "Nihongo". Untuk permulaan, anda harus tahu bahawa bahasa jepun mempunyai 3 jenis huruf antaranya:

bahasa jepun
Anime Fullmetal Achemist
1) Hiragana - biasa digunakan dalam bahasa jepun. Digunakan untuk menterjemahkan sebutan bagi huruf kanji yang dipanggil sebagai furigana.

2) Katakana - digunakan untuk bahasa asing sebagai contoh untuk menulis nama kita sendiri.

3) Kanji - huruf yang sentiasa digunakan oleh bangsa jepun. Hurufnya seakan-akan dalam bahasa cina. Dan terdapat beribu-ribu huruf didalamnya. Ia agak sulit untuk menyebutnya dan memerlukan kemahiran menghafal untuk meningkatkan tahap penguasaan dari segi bahasa dan percakapan.

Ini adalah info serba sedikit mengenai bahasa jepun, anda juga dialu-alukan untuk mempelajarinya secara online melalui laman web ini:

www.freejapaneselessons.com
www.bahasajepun.com
www.thejapanesepage.com
www.italki.com
www.kanji-a-day.com
www.csse.monash.edu.au/~jwb/cgi-bin/wwwjdic.cgi?1C
www.learnjapanesefree.com
www.coscom.co.jp
www.ninjajapanese.com/
Untuk memudahkan pembelajaran anda di dalam bahasa melayu, blog Blog Belajar Bahasa adalah platform yang terbaik untuk dijadikan sebagai rujukan. Blog ini memadatkan pengisian untuk memahami bahasa jepun melalui penggunaan kamus, cara penulisan kanji, perbualan di pelbagai situasi, memahami kata-kata dasar dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga bahasa korea juga turut dimuatkan.

bahasa jepun
Penulisan kanji
Anda pernah mendengar perkataan "bagero"? perkataan ini selalu disebut pada suatu ketika dahulu. Digunakan oleh tentera jepun untuk menggambarkan perasaan marah kepada sesiapa. Bagero! sebenarnya perkataan ini bukan ditulis sebegini dan yang sebetulnya ditulis sebagai "Bakayaro" (baka-bodoh).

Perkataan tersebut menjadi "bagero" disebabkan sebutan yang dilontarkan berkali-kali. Cuba sebut laju-laju perkataraan "bakayaro". Anda pasti lama kelamaan akan menjadi "bagero". Itulah tok nenek kita yang cuba mengingati perkataan tersebut sewaktu pemerintahan jepun suatu ketika dahulu. Jangan pula kita mempraktikkannya, nanti ada yang bergaduh.

Anda juga boleh mempelajari bahasa Jepun melalui perisian-perisian. Ada 3 perisian yang akan dikongsikan disini iaitu Human Japanese, Tell Me More dan Rosetta Stone.

1) Human Japanese

bahasa jepun
Human Japanese
Perisian ini sangat sesuai untuk anda yang suka bahasa jepun dan ingin mempelajarinya, dengan perisian ini anda boleh belajar bahasa Jepun dengan lebih mudah kerana selain belajar mengenal huruf kanji dan ertinya kita juga boleh belajar bertutur Bahasa Jepun.

Human Japanese mempunyai lebih daripada 1800 rakaman kata-kata kosa kata dan contoh pengucapan, kemudahan segera, kosa kata dan istilah tatabahasa, berpuluh-puluh permainan dan kuiz, dan disertai dengan suara bacaan hiragana.

Screenshot:
bahasa jepun
Contoh Gambar 1

bahasa jepun
Contoh Gambar 2

bahasa jepun
Contoh Gambar 3

2) Tell Me More
bahasa jepun
Tell Me More Japanese

Tell Me More merupakan salah satu pengiktirafan yang terbaik dan paling berkesan alat pertuturan dan perbualan-perbualan talian dengan penutur asli Jepun untuk mengajar dan memperbaiki kemahiran anda. Anda akan belajar melalui pelajaran budaya dan video pendidikan daripada program ini yang kaya dengan media. Disediakan bagi tahap pembelajaran yang lebih sukar daripada tahap yang lebih rendah, tetapi apabila anda telah menguasai navigasi, ia akan menjadi salah satu perisian yang paling berguna dan menarik untuk mempelajari program Jepun yang disediakan.

Screenshot:

bahasa jepun
Contoh Gambar 1

bahasa jepun
Contoh Gambar 2

bahasa jepun
Contoh Gambar 3

bahasa jepun
Contoh Gambar 4

3) Rosetta Stone

bahasa jepun
Rosetta Stone
Ia tidak sukar untuk mempelajari bahasa Jepun, dan "Rosetta Stone Japanese" membuktikannya. Perisian ini adalah bernilai setara dengan harganya kerana ia membuatkan proses pembelajaran begitu mudah dan intuitif. Ia memberikan satu cara mudah untuk mempelajari bahasa tanpa tekanan dalam kelas dan ia bekerja dengan anda mengikut tahap anda sendiri.

Screenshot:

bahasa jepun
Contoh Gambar 1

bahasa jepun
Contoh Gambar 2

bahasa jepun
Contoh Gambar 3

bahasa jepun
Contoh Gambar 4

Sekiranya anda ingin mendapatkan perisian-perisian ini, anda harus ikut syarat-syarat yang ditetapkan di bawah:


1) Anda perlu komen di post ini dan nyatakan perisian yang anda mahukan.
2) Anda juga harus isikan "Hubungi Kami" yang berada di bawah sekali. 
3) Setiap daripada anda hanya dibenarkan untuk memohon satu perisian sahaja.
4) Sila LIKE fanpage facebook Info Teknologi 
5) Sila SHARE entri ini di Facebook anda dengan cara klik pada widget logo Facebook di sebelah kanan.

*Setelah anda ikuti syarat yang ditetapkan, admin akan berikan anda link untuk dimuat turun. Terima kasih.

Cara Lepasi Laman Web Yang Disekat SKMM

Laman web muat turun disekat SKMM

Pertukaran DNS elak laman web daripada disekat

Kecoh dan heboh apabila hampir 10 laman web telah disekat oleh pihak SKMM termasuklah Megaupload, Megavideo, filestube.com, fileserve, putlocker.com, thepiratebay.org, depositfiles.com, movie2k.to, duckload.com, and warez-bb.org.

laman web skmm
Laman web anda disekat?

Hal ini betul-betul membuka mata pemuat turun tegar untuk cuba cari jalan bagi melepasi sekatan tersebut. Caranya adalah sangat mudah iaitu dengan menggunakan DNS (domain name system). Apakah itu DNS?

DNS adalah IP khas setiap domain seperti google kepada server, dan server akan menghubungkan kita dengan laman web yang lain dengan lebih cepat dan mudah. Seolah kita ini adalah "premium user" berbanding dengan free user. Apabila kita menghantar paket data, sistem akan membantu mempercepatkan tindak balas secepat mungkin.

Sistem akan mudah mengenali IP bernombor (10.2..44.199) berbanding nama domain seperti www.google.com. Tujuan utama google menawarkan dns supaya dianggap memudahkan carian servis mereka. Sambil anda dapat memasuki laman web yang disekat, anda juga merasai kelajuan ketika load page. Justeru, mari beralih pula cara untuk menukar dns yang ada pada wimaxx, broadband, streamyx dan sebagainya.

laman web skmm
Tutorial Bergambar 1

laman web skmm
Tutorial Bergambar 2

laman web skmm
Tutorial Bergambar 3

laman web skmm
Tutorial Bergambar 4

laman web skmm
Tutorial Bergambar 5
laman web skmm
Tutorial Bergambar 6

Setelah timbul kotak seperti di atas, anda mempunyai pilihan sama ada hendak menggunakan google dns ataupun open dns. Kod DNS adalah seperti berikut:

DNS Google

Preferred DNS : 8.8.8.8
Alternate DNS : 8.8.4.4

OpenDNS

Preferred DNS : 208.67.222.222
Alternate DNS : 208.67.220.220

DNS Nawala

Preferred DNS : 180.131.144.144
Alternate DNS : 180.131.145.145

Perhatian: DNS ini untuk mengehadkan penggunaan internet di rumah dan sesuai digunakan oleh ibu bapa, untuk mengelakkan anak-anak daripada melayari laman porno atau sebagainya.

Norton DNS

Preferred DNS : 198.153.192.1
Alternate DNS : 198.153.194.1

Perhatian: DNS ini secara automatik sekat laman web yang berbahaya supaya anda boleh melayari web tanpa perlu bimbang tentang malware atau scam

Makluman

*Sekiranya anda ingin menggunakan OpenDNS, jangan gunakan OpenDNS ini sewaktu melakukan proses transaksi pembayaran melalui laman maya. Gunakan untuk kegunaan yang lain seperti melayari facebook, myspace, laman web yang disekat dan sebagainya.

laman web skmm
Laman web anda tidak disekat lagi

Cara Kesan Virus Dalam Fail

Bahaya virus dalam fail

VirusTotal mengesan virus dengan berkesan

VirusTotal adalah perkhidmatan percuma dalam talian yang menganalisa fail dan URL yang membolehkan pengenalpastian virus, worm, trojan dan jenis lain kandungan berniat jahat yang dikesan oleh enjin antivirus dan pengimbas laman web.

Pada masa yang sama, perisian ini boleh digunakan sebagai satu cara untuk mengesan positif palsu, iaitu sumber-sumber yang tidak berbahaya dikesan sebagai berniat jahat oleh satu atau lebih pengimbas.

Misi VirusTotal adalah untuk membantu dalam meningkatkan industri antivirus dan keselamatan dan menjadikan internet tempat yang lebih selamat melalui pembangunan alat dan perkhidmatan percuma .
Anda hanya perlu melayari site www.virustotal.com untuk tindakan selanjutnya.
virus fail
Muat naik fail di VirusTotal

Apabila melayari laman tersebut, anda boleh "upload" fail yang dikehendaki. Sila pilih "choose file" dan pilih fail anda. Kemudian, klik "Scan it!". Tunggu sehinga fail habis di "upload" dan dikesan oleh VirusTotal. Senarai virus akan dikenalpasti oleh antivirus-antivirus ternama. Sekiranya tiada virus dikesan, bermakna fail anda selamat untuk digunakan. Sila lihat contoh dibawah ini yang menunjukkan fail masih tidak selamat dan disyaki ada virus didalamnya.

virus fail
Virus dikesan oleh antivirus ternama

Sekiranya diperhatikan pada gambar di atas, terdapat 13 virus yang dikesan memasuki fail ini termasuklah virus trojan dropper, hack tool binder, gen variant dll. Penggodam akan menggunakan helah dengan mengatakan kepada mangsa untuk "turn off antivirus" dahulu sebelum boleh menggunakan aplikasi ini.

virus fail
Pelbagai jenis virus yang dikesan

Justeru, anda harus berhati-hati ketika memuat turun sebarang jenis fail. Ramai diantara kita merupakan pemuat turun tegar dan seringkali terlepas pandang apa yang sepatutnya dilihat. Perkara-perkara sebegini mungkin sesuatu yang kurang bermakna bagi kita, tetapi ia merupakan suatu bonus kepada sang penggodam di luar sana. Kebiasannya virus fail adalah berformatkan .exe dimana ia akan bertindak apabila anda klik pada fail tersebut.

Sekiranya anda terdedah dengan virus ini, potensi besar berlaku ialah penggodam akan cuba untuk mendapatkan apa jua data peribadi yang disimpan oleh anda sendiri termasuklah no. kad kredit, kad bank, no pin bank, dan semua password yang anda miliki (facebook, myspace, twitter, tagged .dll)..anda masih mahu mereka mengambilnya tanpa anda sedari? jika tidak, anda masih waras.

Setelah penggodam itu berjaya memperolehinya, mereka akan tukar password anda dan anda telah kehilangan apa yang anda miliki sebelum ini. Kes ini sudah banyak terjadi terutama kes kehilangan laman peribadi, email, "group page" akibat godaman melalui "phishing", "keylogger", "cookies stealer", "sniffing", "hijack" .dll.

virus fail
Curi melalui laman maya

Apa yang menambah bahaya ialah apabila fail yang biasa kita pasangkan di pc atau laptop berformat .exe boleh di"bind" virus di dalamnya tanpa anda sedari dengan menggunakan "bat to exe converter". Sekiranya anda berada pada situasi begini, terus sahaja muat naik fail tersebut ke laman VirusTotal. Walaupun agak mengambil masa, tetapi ia berbaloi sama sekali untuk elak anda menjadi mangsa.

virus fail
BAT to EXE Converter

Penggodam-penggodam ini biasanya akan menyenaraikan nombor id dan password mangsa mereka untuk dikongsikan kepada rakan-rakan mereka. Jadilah pengguna internet yang bijak sekaligus dapat mengelak menjadi mangsa godaman. Tiada yang selamat apabila anda berada di dunia yang tanpa sempadan.

Tips Keselamatan Di Facebook

Risau keselamatan facebook tidak terjaga

Tips ini membantu tingkatkan sekuriti facebook

Facebook mempunyai sistem sekuritinya yang tersendiri untuk menghalang sistem mereka daripada diceroboh oleh pihak asing. Mereka juga perlu memastikan laman facebook tidak mudah ditembusi oleh anasir-anasir jahat yang dikenali sebagai black hat. Kerap kali kemaskini sekuriti akan dilakukan oleh pihak Facebook. Namun, pasti ada pihak yang cuba untuk merobek keselamatan laman popular ini.
sekuriti facebook
Tips keselamatan Facebook
Justeru, akaun setiap pengguna haruslah dijaga oleh pengguna itu sendiri disamping dilindungi secara umum oleh Facebook. Sikap tanggungjawab pada diri sendiri perlu ada untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku seperti akaun digodam dan semua privasi terdedah kepada pihak yang tidak dikenali. Anda akan tidak merasa apa-apa sekiranya perkara itu tidak berlaku sendiri oleh anda namun anda akan mula menyedari keselamatan Facebook amat penting setelah anda mengalaminya.

Langkah-langkah serius harus diambil oleh anda sendiri sebagai pemilik akaun. Jadi, terdapat 7 langkah yang disimpulkan bagi melindungi hak privasi anda sebagai pengguna. Baca dan cuba amalkan setiap langkah yang disediakan.

1) SEKURITI PASSWORD
Pastikan anda menggunakan kata laluan yang berbeza untuk akaun anda dalam talian yang berbeza. Anda juga perlu membuat kata laluan anda panjang dan kompleks dan menukarnya secara berkala. Ingat untuk mengelak daripada menggunakan perkataan kamus, perkataan yang dieja terbalik, mengulangi aksara, atau maklumat peribadi.

2) INFO PERIBADI
Jangan bertindak balas terhadap permintaan untuk maklumat peribadi dari sumber-sumber yang tidak diketahui. Menyediakan maklumat seperti nombor keselamatan sosial atau butir-butir kewangan boleh mendedahkan anda kepada kecurian identiti atau jenis jenayah yang lain.

3) MESEJ DAN LINK
Sentiasa berhati-hati apabila klik pada link atau membuka lampiran, walaupun ia telah dihantar atau yang dicatatkan oleh rakan atau lain-lain sumber bereputasi. Jika anda mempunyai apa-apa keraguan, mendapatkan pengesahan terus daripada penghantar. Terutamanya berhati-hati dengan mesej yang termasuk tawaran menarik atau permintaan segera, dan berhati-hati untuk pautan yang memerlukan anda dengan serta-merta memberikan login dan kata laluan. Jika anda tidak pasti sama ada tapak yang anda adalah benar atau palsu, taip URL (contohnya, www.facebook.com) terus ke dalam bar alamat penyemak imbas anda.

4) KESELAMATAN PELAYAR WEB
Pastikan anda mempunyai versi yang paling terkini pelayar web anda, dan ia dilengkapi dengan perlindungan anti-phishing. Anda boleh lakukan ini dengan memeriksa laman web untuk syarikat penyemak imbas anda, atau dengan pergi ke "Help" atau "About" seksyen dalam program pelayar anda. Pelayar popular termasuk Firefox, Internet Explorer, dan Safari.

5) SEKURITI KOMPUTER
Pastikan anda telah menetapkan sistem operasi anda untuk mengemas kini secara automatik. Anda boleh melakukan ini dari "Settings" atau "Preferences" menu. Anda juga perlu mempunyai "up-to-date" memasang perisian keselamatan yang menyeluruh yang termasuk anti-virus, anti-spyware, anti-phishing, dan firewall.

6) PENYELIAAN AKAUN
Facebook menyediakan alat-alat yang mudah untuk membantu anda menjejaki aktiviti anda dan login, mengawal maklumat anda berkongsi, dan membuktikan identiti anda jika anda kehilangan akses ke akaun anda. Belajar bagaimana untuk menggunakan alat-alat dan orang-orang yang yang sama di laman web lain supaya anda sentiasa berada dalam kawalan.

7) LAPORKAN (REPORT)
Jika anda terjumpa dengan scam penipuan, laporkan supaya tindakan boleh diambil. Facebook dan laman web lain menyediakan pautan laporan yang banyak ada pada tiap-tiap kandungan, serta cara-cara untuk melaporkan mesej spam dan e-mel. Anda juga patut melaporkan penipuan kepada pihak berkuasa berkaitan di negara anda.

Cara Salin Perkataan Daripada Gambar

Masalah perkataan pada gambar tidak boleh diekstrak

Microsoft OneNote membantu menyalin perkataan daripada gambar

Kebiasaannya perkataan hanya boleh disalin daripada artikel, esei atau apa sahaja bahan penulisan dan ia agak mustahil untuk disalin melalui gambar. Trik kali ini mendedahkan kepada anda semua bagaimana cara untuk menyalin perkataan daripada gambar.

Selamat mencuba.

salin perkataan gambar
Microsoft OneNote bantu ekstrak perkataan

Perisian yang diperlukan:
  1. Microsoft OneNote
  2. Microsoft Word
  3. Scanner (untuk scan gambar)
Ikuti langkah di bawah ini:
  1. Buka "Microsoft OneNote"
  2. Masukkan gambar di "Microsoft OneNote"
  3. Pada gambar tersebut, klik kanan dan pilih “Copy Text from Picture
  4. Buka "Microsoft Word"
  5. "Paste"
  6. Siap!
Setelah selesai dan anda masih tidak dapat hasilnya, anda boleh layari laman video di bawah ini.

Cara Tukar Nama Processor PC

Jeles melihat processor yang hebat

Trik ini dapat mengaburkan mata sesiapa melihatnya

Processor yang gah seperti Intel's Intel® Core™ i7 Processor, AMD Phenom 64bit X4 Quad core, AMD Athlon X2 dual core dan Intel® Core™ i3 Processor sentiasa menjadi idaman dan igauan setiap pengguna komputer. Kebanyakan pengguna akan terikat dengan masalah modal iaitu wang untuk membelinya. Mereka terpaksa membeli mengikut bajet yang dimiliki. Di dalam dunia era teknologi, kepantasan merupakan aspek utama dalam pembinaan hardware. Semakin pantas kelajuan sesebuah processor, semakin tinggi nilai harga processor tersebut

Pada entri kali ini, trik yang ditunjukkan sebentar lagi tidak mengubah apa-apa pada processor anda termasuklah kelajuan, jenama dan sebagainya. Ia hanya "tipu helah" sahaja untuk kaburkan mata yang melihat. Ikuti langkah yang disertakan dibawah.

Selamat mencuba.


Langkah-langkah

nama processor
Tutorial Gambar 1
Ikuti gambar di atas untuk memasuki info processor anda

nama processor
Tutorial Gambar 2
Anda akan dibawa ke "Basic information about your computer"

nama processor
Tutorial Gambar 3

Kemudian, klik start - regedit (Run as administrator)

nama processor
Tutorial Gambar 4
HKEY_LOCAL_MACHINE > HARDWARE > DESCRIPTION > System > CentralProcessor > 0
Sila klik Modify..

nama processor
Tutorial Gambar 5
nama processor
Tutorial Gambar 6

Siap dan tunjukkan hasilnya kepada rakan anda.

Thursday, January 30, 2014

Ketahui Rahsia Telefon Bimbit

Telefon bimbit anda mempunyai kualiti rendah?

Teknik ketahui kualiti telefon bimbit anda

rahsia telefon bimbit
Kualiti tinggi atau rendah?
Adakah anda sedar bahawa telefon bimbit anda mempunyai tahap kualiti yang tersendiri. Jika Ya, anda sudah melakukan pilihan yang bijak sebelum anda membelinya di mana-mana kedai. Sekiranya tidak, anda harus tahu dan lakukannya untuk penggunaan jangka masa panjang.

Rata-rata pengguna tidak sedar potensi bahaya yang ada pada telefon bimbit yang berkualiti rendah. Keberangkalian untuk mempunyai radiasi yang tinggi adalah besar dan harus anda ambil perhatian. Justeru, langkah ini digunakan untuk anda kenalpasti kualiti telefon bimbit anda

Selamat mencuba.

Ikuti langkah di bawah ini:-

1. Taip *#06#
2. Keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
3. Semak nombor IMEI telefon anda dan lihat kedudukan 7 dan 8
Contoh : 359877038967849
Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 03

02 atau 20 : dari China = > KUALITI RENDAH 
08 atau 80 : dari Germany = > KUALITI SEDERHANA 
01 atau 10 : dari Finland = > TERBAIK
00 atau 03 atau 04 : dari kilang asal = > SANGAT TERBAIK 
13 : dari Azerbaijan = > SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

Cara Kenali Laptop Jantan Atau Betina

Laptop "gagah berani" atau "lembah lembut"

Trik mudah kenali laptop jantan atau betina

Semestinya anda mahu kenali laptop kepunyaan anda adalah jantan atau betina. Bukan manusia sahaja ada jantina lelaki dan perempuan. Trik ini cukup mudah dan harap selepas ini terus anda ikuti langkah-langkah yang disediakan. Laptop kepunyaan penulis adalah betina. Sayu-sayu kedengaran bunyi yang dikeluarkan.
jantan atau betina
Hi awak
Langkah-langkah

jantan atau betina
Sila klik kanan pada dekstop anda dan klik "New-Text Document"
jantan atau betina
Sila "copy & paste" kod ini: CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"hi mr aril"
(Perkataan "hi mr aril" boleh diubah mengikut pilihan anda)

jantan atau betina
Sila ke "File" dan klik "Save As"
jantan atau betina
Namakan file anda di "File name" sebagai aril.vbs dan save di dekstop
(Perkataan aril boleh diubah kepada perkataan lain, yang penting berformatkan .vbs)

jantan atau betina
Fail aril.vbs

Selesai dan anda boleh klik dua kali fail tersebut dan lihat hasilnya. Sila pasang bunyi laptop setingginya supaya anda jelas mendengarnya. Pastikan jantan atau betina dan bukannya "pondan". 

Wednesday, January 29, 2014

Tips Lajukan Internet Melalui Registry

Internet selalu dikaitkan dengan masalah lembab

Ubah registry tanpa memberi kesan kepada komputer

Kebanyakan pengguna internet seringkali terdedah dengan masalah "slow connection" disebabkan faktor-faktor tertentu. Trik kali ini cukup mudah dan tidak mengganggu sistem komputer anda. Anda hanya perlu ubah registry pada komputer anda. Kesannya anda dapat meningkatkan HTTP simultaneous connection kepada nilai yang kita tetapkan.

Contoh dengan tetapan 99 connection. Pelayar akan bergantung berapa banyak sambungan yang mampu ditampung untuk fail muat turun yang berbeza pada satu masa. Ini membolehkan laman web anda untuk dibuka lebih pantas daripada biasa. Trik ini tidak memerlukan anda mendownload sebarang fail atau perisian. Cuma anda perlu ikut sahaja arahan yang disertakan di bawah.

Selamat mencuba.

Langkah Pertama 

lajukan internet
Tutorial Gambar

Langkah Kedua
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Internet Settings
 Sila klik kanan pada kotak di sebelah kanan dan klik New dan DWORD value.

 1) Namakan sebagai MaxConnectionsPerServer

 (Masukkan angka 99 pada nilai hexadecimal, atau angka 153 pada nilai decimal)

lajukan internet
Tutorial Gambar 1

lajukan internet
Tutorial Gambar 2

2) Namakan sebagai MaxConnectionsPer1_0Server

 (Masukkan angka 99 pada nilai hexadecimal, atau angka 153 pada nilai decimal

lajukan internet
Tutorial Gambar 3

 Langkah Ketiga 

 Restart komputer anda dan rasai perbezaannya.

lajukan internet
Tutorial Gambar 4

 

© 2014 InfoTeknologi Hak Cipta Terpelihara
Dimiliki oleh Ariltech Enterprise (JM0641755-W). Disokong oleh Templateism