Sunday, February 23, 2014

Flappy Bird raih lebih kurang RM160,000 Sehari!

12:24 AM

flappy bird
Flappy Bird
Permainan mudah alih telefon pintar yang kian melonjak naik pada tahun 2014 iaitu Flappy Bird telah menjadi satu fenomena permainan yang paling diminati dan juga dibenci oleh semua orang. Permainan ini membawa konsep yang berbeza berbanding permainan aplikasi yang lain. Pembangun aplikasi permainan ini iaitu Dong Nguyen berasal daripada Vietnam di dalam sesi temu bualnya bersama The Verge menyatakan permainan ini telah bertukar menjadi durian runtuh buat beliau dan juga mendedahkan kepopularan permainan ini menduduki carta teratas di App Store dan Google Play store.

flappy bird
Flappy Bird menduduki carta teratas App Store
Beliau mendedahkan menerima pendapatan purata sebanyak $50,000 sehari daripada iklan di aplikasi tersebut iaitu kira-kira RM164,725 di dalam ringgit malaysia. Sekiranya anda pemain Flappy Bird, permainannya cukup mudah iaitu anda perlu tekan pada skrin untuk menggerakkan burung anda ke atas dan perlu dikawal untuk melepasi halangan (paip hijau). Jika anda terlanggar mana-mana halangan, permainan akan berakhir begitu sahaja dan anda perlu bermain semula daripada petak mula. Matlamatnya adalah semata-mata untuk mengumpul skor yang tertinggi mungkin.

Anda kemungkinan besar akan menghabiskan berjam-jam untuk mencapai skor yang tertinggi. Permainan ini akan menjadi ketagihan apabila ia melibatkan persaingan antara rakan-rakan anda. Aplikasi ini telah dimuat turun sebanyak 50 juta kali, dan telah mengumpul lebih 47,000 ulasan di App Store setaraf dengan aplikasi seperti Evernote dan juga Gmail. Permainan mudah alih ini secara umumnya akan mengambil masa berbulan-bulan untuk disiapkan untuk menjadikan sesuatu permainan menjadi ketagihan antara pemain. Akan tetapi Nguyen melakukannya dengan menghabiskan beberapa malam sahaja untuk aplikasi ini apabila beliau pulang ke rumah daripada tempat kerja.

pencipta flappy bird
Pencipta Flappy Bird
"Sebab Flappy Bird begitu popular adalah ia menjadi sesuatu yang berbeza daripada permainan mudah alih hari ini, dan ia merupakan permainan yang baik untuk bersaing dengan satu sama lain, " kata Nguyen. "Orang ramai di dalam kelas yang sama boleh bermain dan bersaing dengan mudah kerana Flappy Bird adalah mudah untuk dipelajari, tetapi anda perlu kemahiran untuk mendapatkan skor yang tinggi." Aplikasi ini serasi dengan Apple Game Center dan Google Play Games, jadi ia mudah untuk membandingkan skor dengan rakan-rakan anda. Anda sudah tentu boleh berkongsi skor anda di Facebook dan Twitter, ia juga membantu kejayaan permainan ini untuk menjadi popular.

flappy bird di telefon pintar dan tablet
Flappy Bird di peranti mudah alih
Nguyen berkata, beliau tidak mempunyai rancangan untuk menukar atau mengemaskini permainan. Flappy Bird telah mencapai satu keadaan di mana apa-apa ditambah pada permainan akan merosakkannya dan saya ingin meninggalkan ia begitu sahaja " dia berkata "Saya akan berfikir tentang kesudahan tetapi saya tidak pasti mengenai masa yang perlu diambil." Pada ketika ini Nguyen mempunyai beberapa permainan popular lain di tangannya.

Dong Nguyen Minta Maaf Menghapuskan Flappy Bird daripada App Store?

Timbul spekulasi diatas perlakuan Dong Nguyen, pemilik Flappy Bird telah menghapuskan permainan mudah alih tersebut di App Store. Melalui twitter nya, Nguyen mengumumkan penghapusan Flappy Bird dan memohon maaf kepada para pencinta permainan ini.

Beliau berkata di twitter nya, "Kira-kira 22 jam daripada sekarang, saya akan mengambil Flappy. Ini tidak berkaitan dengan masalah undang-undang" cuit Nguyen. Sejak dilepaskan pada Mac 2013, jumlah pemainnya mencapai 10 juta di seluruh dunia. Ia sungguh berbeza daripada permainan lain seperti Rovio Entertainment yang menghasilkan Angry Bird dengan ratusan programmer.

Permainan ini telah diilhamkan oleh Nintendo Mario Bros dengan pantas menarik perhatian pencinta permainan aplikasi. Penghapusan ini menimbulkan banyak tanda tanya dan seorang pengurus syarikat permainan menilai tindakan Nguyen menarik Flappy Bird merupakan keputusan yang bijak. Nguyen mengambil langkah menarik diri untuk mengelakkan risiko undang-undang, kerana ia boleh membawa kesulitan atau masalah pada diri seseorang.

flappy bird bunuh orang
7 orang mati disebabkan Flappy Bird

Seorang usahawan internet yang mempunyai minat dalam bidang pemasaran internet. Meminati bidang teknologi dan dikongsikan melalui penulisan. Masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia sebagai pelajar ijazah sepenuh masa.

2 comments :

  1. nnt facebook beli pulak.. hahaha

    jemput singgah http://iluvtour.com

    ReplyDelete
  2. haha..mungkin jugak tuh :)

    thanks dtg singgah..nnti singgah sana jgk..

    ReplyDelete

 

© 2014 InfoTeknologi Hak Cipta Terpelihara
Dimiliki oleh Ariltech Enterprise (JM0641755-W). Disokong oleh Templateism