![]() |
Flappy Bird |
![]() |
Flappy Bird menduduki carta teratas App Store |
Anda kemungkinan besar akan menghabiskan berjam-jam untuk mencapai skor yang tertinggi. Permainan ini akan menjadi ketagihan apabila ia melibatkan persaingan antara rakan-rakan anda. Aplikasi ini telah dimuat turun sebanyak 50 juta kali, dan telah mengumpul lebih 47,000 ulasan di App Store setaraf dengan aplikasi seperti Evernote dan juga Gmail. Permainan mudah alih ini secara umumnya akan mengambil masa berbulan-bulan untuk disiapkan untuk menjadikan sesuatu permainan menjadi ketagihan antara pemain. Akan tetapi Nguyen melakukannya dengan menghabiskan beberapa malam sahaja untuk aplikasi ini apabila beliau pulang ke rumah daripada tempat kerja.
![]() |
Pencipta Flappy Bird |
![]() |
Flappy Bird di peranti mudah alih |
Dong Nguyen Minta Maaf Menghapuskan Flappy Bird daripada App Store?
Timbul spekulasi diatas perlakuan Dong Nguyen, pemilik Flappy Bird telah menghapuskan permainan mudah alih tersebut di App Store. Melalui twitter nya, Nguyen mengumumkan penghapusan Flappy Bird dan memohon maaf kepada para pencinta permainan ini.Beliau berkata di twitter nya, "Kira-kira 22 jam daripada sekarang, saya akan mengambil Flappy. Ini tidak berkaitan dengan masalah undang-undang" cuit Nguyen. Sejak dilepaskan pada Mac 2013, jumlah pemainnya mencapai 10 juta di seluruh dunia. Ia sungguh berbeza daripada permainan lain seperti Rovio Entertainment yang menghasilkan Angry Bird dengan ratusan programmer.
Permainan ini telah diilhamkan oleh Nintendo Mario Bros dengan pantas menarik perhatian pencinta permainan aplikasi. Penghapusan ini menimbulkan banyak tanda tanya dan seorang pengurus syarikat permainan menilai tindakan Nguyen menarik Flappy Bird merupakan keputusan yang bijak. Nguyen mengambil langkah menarik diri untuk mengelakkan risiko undang-undang, kerana ia boleh membawa kesulitan atau masalah pada diri seseorang.
![]() |
7 orang mati disebabkan Flappy Bird |
nnt facebook beli pulak.. hahaha
ReplyDeletejemput singgah http://iluvtour.com
haha..mungkin jugak tuh :)
ReplyDeletethanks dtg singgah..nnti singgah sana jgk..