Thursday, February 6, 2014

Cara Elakkan Kandungan Blog Anda Dicuri

9:00 PM

matikan klik kanan
Matikan klik kanan
Jika anda mempunyai blog atau laman web, anda sentiasa mahu menghalang blogger berniat jahat daripada menyalin kandungan dari blog anda. Anda mungkin telah menulis artikel dengan usaha yang besar dan banyak penyelidikan dan lain-lain hanya menyalin atau tampal pada blog mereka. Untuk menghalang pengguna itu daripada menyalin kandungan dari blog anda, saya akan tunjukkan kepada anda trik menggunakan javascript untuk mematikan klik kanan pada blog anda.

Bagaimana caranya?

1) Pergi ke blogger "Dashboard" dan klik pada "Layout"

matikan klik kanan
Dashboard - Layout

2) Sekarang klik pada "Add Gadget" dan pilih "Html/Javascript"

matikan klik kanan
Add Gadget - Html/Javascript

3) Kemudian "paste" kod yang diberikan di bawah ini pada "pop up window"

<!--InfoTeknologi Code-->
<script language='JavaScript1.2'>
function disableselect(e){
return false
}
function reEnable(){
return true
}
document.onselectstart=new Function ("return false")
if (window.sidebar){
document.onmousedown=disableselect
document.onclick=reEnable
}
</script>
<!--Code End http://www.infoteknologi.my>

4) Klik "Save" dan lihat hasilnya. Sekarang pengunjung tidak boleh klik kanan pada halaman blog anda.

Selamat mencuba :)

Seorang usahawan internet yang mempunyai minat dalam bidang pemasaran internet. Meminati bidang teknologi dan dikongsikan melalui penulisan. Masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia sebagai pelajar ijazah sepenuh masa.

4 comments :

  1. encik aril x blh copy kode die la..huhu

    ReplyDelete
  2. alamak..sori2..hahaha..terlupa plak..ishh..bole semak kod kat wall post di www.facebook.com/infoteknologidotmy

    aril post kat situ okeyh! :)

    ReplyDelete
  3. Nak cuba buat la memang tngh mencari2 info nie, thanks 4 sharing ^_^

    ReplyDelete
  4. terima kasih bro atas tutorial ni..

    ReplyDelete

 

© 2014 InfoTeknologi Hak Cipta Terpelihara
Dimiliki oleh Ariltech Enterprise (JM0641755-W). Disokong oleh Templateism