Saturday, February 8, 2014

Cara Guna Pelayar Web Sebagai Teks Editor

1:05 AM

teks editor
Teks Editor

Di dalam tutorial ini saya akan menunjukkan kepada anda helah yang mudah dan menarik untuk menggunakan pelayar web anda seperti Google Chrome atau Mozilla Firefox sebagai teks editor yang mudah seperti Notepad. Helah ini berfungsi pada semua jenis pelayar web.

Bagaimana caranya?

1) "Copy" kod di bawah dan "Paste" kan pada bahagian URL.

data:text/html, <html contenteditable>

2) Kemudian tekan "Enter"
3) Sekarang anda boleh taip apa sahaja yang ingin anda taip seperti di Notepad. Bezanya cuma ia tiada penukaran pada saiz font, warna font dan sebagainya.

teks editor
Taip seperti di Notepad

4) Anda boleh simpan dengan tekan Ctrl+S dan namakan sebagai apa sahaja nama seperti aril.txt (.txt adalah kemestian)

Selamat mencuba :)

Seorang usahawan internet yang mempunyai minat dalam bidang pemasaran internet. Meminati bidang teknologi dan dikongsikan melalui penulisan. Masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia sebagai pelajar ijazah sepenuh masa.

0 comments :

Post a Comment

 

© 2014 InfoTeknologi Hak Cipta Terpelihara
Dimiliki oleh Ariltech Enterprise (JM0641755-W). Disokong oleh Templateism