Risiko privasi data terdedah tinggi ketika melayari internet
Private Browsing elak data, cache, kata laluan disimpan pada pelayar web
Bilangan pengguna internet saban hari menunjukkan peningkatan secara mendadak di seluruh dunia. Tanpa disedari privasi pengguna ini akan terdedah kepada umum sekiranya tidak berwaspada dalam memastikan ia dikawal dengan selamat dan terjamin.
![Private Browsing pada Pelayar Web private browsing](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiaQ7nTlog7xZzZQndaXS_ZkKoovcaBAiK7k2IZcaw0tWfcrH3sO3gisAnxjQjSh32OtXIt3J18FlekWDIVSONqEZ02242dJmn-QWJBRONhsfN4rhRa1kaBHGpe0XfdzayTbohZ4nzo7Jmp/s1600/Private-Browsing.jpg) |
Private Browsing |
Pelbagai kes timbul yang melibatkan jenayah di laman maya antaranya perobekan data dan privasi pengguna seperti kata laluan, akaun email digodam, akaun bank dan sebagainya. Antara yang popular sekali ialah jenayah yang melibatkan akaun pada laman sosial seperti Facebook dan juga Twitter.
Justeru, langkah keselamatan harus diambil oleh pengguna internet bagi memastikan keselamatan anda terjamin ketika melayari internet. Apabila melayari internet, terdapat pelbagai pelayar web yang digunakan antaranya Google Chrome, Firefox, Maxthon dan sebagainya. Hampir setiap daripada pelayar web mempunyai satu fungsi yang dipanggil sebagai "Private Browsing".
Apakah yang dimaksudkan dengan "Private Browsing"?
Private Browsing adalah satu fungsi pada pelayar web yang berperanan untuk melayari laman web tanpa menyimpan maklumat pada laman yang dilawati.
![Private Browsing pada Pelayar Web_1 private browsing](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEir7w-GPxEegcFFWujdDgO7YZgHlr5OgrH7d2Dr9dpX3n506FRxEJfXb5L8DEluoqdGsbMGrabEyJ5Mt5zpnKp8I9UWbg-PuhLwAftTo2ay_k5s9B5ZJLyCF0o72Sp8o73U0Qx-_BCRaxCY/s1600/Private-Browsing_1.png) |
Tetingkap "Private Browsing" pada Firefox |
Apabila anda melayari laman web, pelayar web seperti Firefox akan mengingat dan menyimpan maklumat ketika anda melayari mana-mana laman. Untuk mengelakkan data anda daripada disimpan sebagai contoh memasuki laman
Cimb Clicks dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan, Private Browsing akan membantu anda.
PERHATIAN: Private Browsing tidak akan membuatkan anda menjadi seorang "anonymous" atau tidak dikenali ketika melayari internet. Pembekal perkhidmatan internet seperti Celcom, Maxis, Digi, Ytl dan lain-lain, juga majikan dan laman web sendiri masih dapat mengesan halaman yang anda lawati. Fungsi ini juga tidak melindungi anda daripada kegiatan godaman melalui "keyloggers" atau "spyware" yang dipasang pada komputer anda.
Apa yang menarik mengenai "Private Browsing"?
Apabila menggunakan fungsi ini, anda boleh melakukan
masukan pada pelbagai akaun dalam masa yang sama, sama ada anda hendak bukak laman
Nuffnang,
Advertlerts,
Innity dan sebagainya. Ia juga secara tidak langsung membantu melindungi anda ketika melayari internet di
cybercafe ataupun pada laptop yang bukan milik anda. Privasi seharusnya dijaga di mana-mana sahaja anda berada terutama yang melibatkan kata laluan. Tutorial bergambar dan video (
firefox) disediakan di bawah dan selamat mencuba.
![Private Browsing pada Pelayar Web_2 private browsing](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnCpT-wcTbPL4zWdc2zpXGP9aQX7FFUZrQ4aVIckcQPISgett9yqfB-33ibMC0b33xw6FfhdCM58WL6yx7mjJr1nYSXiDLGWLl_T2UQWXFLQI-lDiH55kmVZWU-qTlQPabq1CBj4vmGOV8/s1600/Private-Browsing_2.jpg) |
Tutorial Bergambar 1 |
![Private Browsing pada Pelayar Web_3 private browsing](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUeg3upY4GI5PQOI0BGUNYjYU-RQazhDjb7TBSBxyF_dD-e0C6sEJvivXnxHU_HENF0MPLml-Qnl229SLKL7SUJoF-k2P4rOnWT8hp63DWCELIHhCWGaqqjc3lCuEefT4YgN_oreuULwhU/s1600/Private-Browsing_3.png) |
Tutorial Bergambar 2 |
![Private Browsing pada Pelayar Web_4 private browsing](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiOxgFTp8wleRCqX6ytB3xME5Rmy8RNjAypwARdsfAuW7tr_GOND73cQA2UteM1Y3TfadOApoKqThHqUMMQWjpSABBpgPd_4S7We1qBjz5dJaVZZXJdEEyiz0oZkirRYCOzJ0PLEdPrHlUP/s1600/Private-Browsing_4.png) |
Tutorial Bergambar 3
|
0 comments :
Post a Comment