Wednesday, February 12, 2014

Cara Kunci Laptop atau PC Guna Shortcut

5:56 PM

Melambatkan ketika hendak kunci Laptop atau PC

Dua klik pada "Shortcut" mempercepatkan proses kunci pada Laptop atau PC

Seringkali pengguna komputer menggunakan tetapan manual yang disediakan tanpa tahu helah yang dapat memudahkan lagi kerja mereka. Kebanyakan tetapan manual akan mengambil masa anda untuk melakukannya. Mereka akan menghadapi masalah seperti tidak sempat untuk mengunci laptop atau pc disebabkan terburu-buru hendak keluar sebagai contoh. Pelbagai kemungkinan akan berlaku antaranya kecurian data dan fail privasi.

laptop pc shortcut
Kunci melalui "Shortcut" lebih pantas!
Barangkali anda tidak sedar ianya berpotensi besar dalam perobekan data melalui laptop atau pc anda. Ia mungkin dilakukan oleh kawan-kawan anda sendiri yang melihat anda melayari internet dan meninggalkan laptop atau pc anda begitu sahaja. Kesempatan itu telah digunakan sepenuhnya oleh kawan anda sendiri.

Helah ini dapat membantu anda untuk mengunci laptop atau pc anda dengan lebih pantas. Hanya perlu dua klik sahaja untuk beroperasi. Anda tidak perlu menggunakan CTRL + ALT + DEL untuk mengunci keyboard dan skrin anda malah boleh gunakan helah pantas ini untuk melakukan sedemikian.

Bagaimana caranya untuk membuat "Shortcut" itu?

Sila ikut tutorial bergambar di bawah yang disediakan khas untuk anda bagi langkah yang lebih jelas.

laptop pc shortcut
Tutorial Bergambar 1

laptop pc shortcut
Tutorial Bergambar 2

laptop pc shortcut
Tutorial Bergambar 3

laptop pc shortcut
Tutorial Bergambar 4

laptop pc shortcut
Tutorial Bergambar 5

laptop pc shortcut
Tutorial Bergambar 6

laptop pc shortcut
Tutorial Bergambar 7

Seorang usahawan internet yang mempunyai minat dalam bidang pemasaran internet. Meminati bidang teknologi dan dikongsikan melalui penulisan. Masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia sebagai pelajar ijazah sepenuh masa.

3 comments :

 

© 2014 InfoTeknologi Hak Cipta Terpelihara
Dimiliki oleh Ariltech Enterprise (JM0641755-W). Disokong oleh Templateism