Friday, January 31, 2014

Mari Belajar Bahasa Jepun

6:34 PM

Masalah bertutur dalam Bahasa Jepun

Pelbagai perisian seperti Human Japanese, Tell Me More dan Rosetta Stone

bahasa jepun
Selamat datang ke Jepun!

"O genki desu ka"? maknanya "apa khabar semua". Ini adalah perkataan dasar yang biasa disebut-sebut kerna lenggok ayatnya yang ringkas dan mudah dihafal serta disebut.

Rata-rata penduduk Malaysia terutama golongan remaja mempunyai minat untuk mendalami bahasa asing seperti Jepun, German, Spanish, Mandarin, Korea dan lain-lain. Ada yang melanjutkan pelajaran ke luar negara untuk mendalami bahasa asing ini. Tidak kurang juga yang cuba mempelajarinya melalui rancangan drama di televisyen, movie, rancangan realiti dan sebagainya.

Antara rancangan yang menjadi kegilaan remaja kini ialah Running Man iaitu rancangan realiti televisyen di Korea selepas Family Outing. Beratus episod yang telah dikeluarkan dan pasti ramai yang akan mengikutinya. Turut berpengaruh dalam industri hiburan juga adalah band k-pop sendiri daripada korea seperti Big Bang, 2 PM, SNSD, Kara dan banyak lagi. Mereka berjaya membawa identiti mereka sendiri untuk diperkembangkan di seluruh dunia melalui tarian dalam nyanyian.

bahasa jepun
Big Bang VIP
Di dalam era moden, terdapat banyak perisian-perisian yang baru untuk menjadi pengantara memudahkan sistem pembelajaran. Ini merupakan salah satu alternatif untuk mempelajarinya pada peringkat permulaan selain daripada anda mencubanya secara praktikal seperti menghadiri kelas tutorial bahasa jepun, mempelajarinya secara talian, mendapatkan bahan-bahan tutorial dan lain-lain alternatif.

bahasa jepun
Elite Yankee
Memandangkan ramai juga yang meminati adegan anime atau J-Drama, anda boleh belajar gunakan perisian ini secara percuma untuk mendalami bahasa jepun atau dipanggil "Nihongo". Untuk permulaan, anda harus tahu bahawa bahasa jepun mempunyai 3 jenis huruf antaranya:

bahasa jepun
Anime Fullmetal Achemist
1) Hiragana - biasa digunakan dalam bahasa jepun. Digunakan untuk menterjemahkan sebutan bagi huruf kanji yang dipanggil sebagai furigana.

2) Katakana - digunakan untuk bahasa asing sebagai contoh untuk menulis nama kita sendiri.

3) Kanji - huruf yang sentiasa digunakan oleh bangsa jepun. Hurufnya seakan-akan dalam bahasa cina. Dan terdapat beribu-ribu huruf didalamnya. Ia agak sulit untuk menyebutnya dan memerlukan kemahiran menghafal untuk meningkatkan tahap penguasaan dari segi bahasa dan percakapan.

Ini adalah info serba sedikit mengenai bahasa jepun, anda juga dialu-alukan untuk mempelajarinya secara online melalui laman web ini:

www.freejapaneselessons.com
www.bahasajepun.com
www.thejapanesepage.com
www.italki.com
www.kanji-a-day.com
www.csse.monash.edu.au/~jwb/cgi-bin/wwwjdic.cgi?1C
www.learnjapanesefree.com
www.coscom.co.jp
www.ninjajapanese.com/
Untuk memudahkan pembelajaran anda di dalam bahasa melayu, blog Blog Belajar Bahasa adalah platform yang terbaik untuk dijadikan sebagai rujukan. Blog ini memadatkan pengisian untuk memahami bahasa jepun melalui penggunaan kamus, cara penulisan kanji, perbualan di pelbagai situasi, memahami kata-kata dasar dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga bahasa korea juga turut dimuatkan.

bahasa jepun
Penulisan kanji
Anda pernah mendengar perkataan "bagero"? perkataan ini selalu disebut pada suatu ketika dahulu. Digunakan oleh tentera jepun untuk menggambarkan perasaan marah kepada sesiapa. Bagero! sebenarnya perkataan ini bukan ditulis sebegini dan yang sebetulnya ditulis sebagai "Bakayaro" (baka-bodoh).

Perkataan tersebut menjadi "bagero" disebabkan sebutan yang dilontarkan berkali-kali. Cuba sebut laju-laju perkataraan "bakayaro". Anda pasti lama kelamaan akan menjadi "bagero". Itulah tok nenek kita yang cuba mengingati perkataan tersebut sewaktu pemerintahan jepun suatu ketika dahulu. Jangan pula kita mempraktikkannya, nanti ada yang bergaduh.

Anda juga boleh mempelajari bahasa Jepun melalui perisian-perisian. Ada 3 perisian yang akan dikongsikan disini iaitu Human Japanese, Tell Me More dan Rosetta Stone.

1) Human Japanese

bahasa jepun
Human Japanese
Perisian ini sangat sesuai untuk anda yang suka bahasa jepun dan ingin mempelajarinya, dengan perisian ini anda boleh belajar bahasa Jepun dengan lebih mudah kerana selain belajar mengenal huruf kanji dan ertinya kita juga boleh belajar bertutur Bahasa Jepun.

Human Japanese mempunyai lebih daripada 1800 rakaman kata-kata kosa kata dan contoh pengucapan, kemudahan segera, kosa kata dan istilah tatabahasa, berpuluh-puluh permainan dan kuiz, dan disertai dengan suara bacaan hiragana.

Screenshot:
bahasa jepun
Contoh Gambar 1

bahasa jepun
Contoh Gambar 2

bahasa jepun
Contoh Gambar 3

2) Tell Me More
bahasa jepun
Tell Me More Japanese

Tell Me More merupakan salah satu pengiktirafan yang terbaik dan paling berkesan alat pertuturan dan perbualan-perbualan talian dengan penutur asli Jepun untuk mengajar dan memperbaiki kemahiran anda. Anda akan belajar melalui pelajaran budaya dan video pendidikan daripada program ini yang kaya dengan media. Disediakan bagi tahap pembelajaran yang lebih sukar daripada tahap yang lebih rendah, tetapi apabila anda telah menguasai navigasi, ia akan menjadi salah satu perisian yang paling berguna dan menarik untuk mempelajari program Jepun yang disediakan.

Screenshot:

bahasa jepun
Contoh Gambar 1

bahasa jepun
Contoh Gambar 2

bahasa jepun
Contoh Gambar 3

bahasa jepun
Contoh Gambar 4

3) Rosetta Stone

bahasa jepun
Rosetta Stone
Ia tidak sukar untuk mempelajari bahasa Jepun, dan "Rosetta Stone Japanese" membuktikannya. Perisian ini adalah bernilai setara dengan harganya kerana ia membuatkan proses pembelajaran begitu mudah dan intuitif. Ia memberikan satu cara mudah untuk mempelajari bahasa tanpa tekanan dalam kelas dan ia bekerja dengan anda mengikut tahap anda sendiri.

Screenshot:

bahasa jepun
Contoh Gambar 1

bahasa jepun
Contoh Gambar 2

bahasa jepun
Contoh Gambar 3

bahasa jepun
Contoh Gambar 4

Sekiranya anda ingin mendapatkan perisian-perisian ini, anda harus ikut syarat-syarat yang ditetapkan di bawah:


1) Anda perlu komen di post ini dan nyatakan perisian yang anda mahukan.
2) Anda juga harus isikan "Hubungi Kami" yang berada di bawah sekali. 
3) Setiap daripada anda hanya dibenarkan untuk memohon satu perisian sahaja.
4) Sila LIKE fanpage facebook Info Teknologi 
5) Sila SHARE entri ini di Facebook anda dengan cara klik pada widget logo Facebook di sebelah kanan.

*Setelah anda ikuti syarat yang ditetapkan, admin akan berikan anda link untuk dimuat turun. Terima kasih.

Seorang usahawan internet yang mempunyai minat dalam bidang pemasaran internet. Meminati bidang teknologi dan dikongsikan melalui penulisan. Masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia sebagai pelajar ijazah sepenuh masa.

6 comments :

  1. Ibrahim Azhar. Setelah anda ikuti syarat yang ditetapkan, sila PM di fanpage facebook kami. Admin akan berikan link melalui PM. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. wassalam Kojipa Mariko..

    dah ikut syarat dah? kalau dah, sila PM di fanpage facebook --> www.facebook.com/infoteknologidotmy

    nanti admin akan beri link melalui PM :)

    ReplyDelete
  3. maaf lambat reply...die tulis page not found,yg facebook tu

    ReplyDelete
  4. Kojipa Mariko

    sila PM semula di sini --> www.facebook.com/infoteknologi.my

    ReplyDelete

 

© 2014 InfoTeknologi Hak Cipta Terpelihara
Dimiliki oleh Ariltech Enterprise (JM0641755-W). Disokong oleh Templateism