Wednesday, January 29, 2014

Cara Tingkatkan Kecekapan Wi-Fi

10:07 PM

Masalah gangguan wifi sering berlaku

Alternatif rekaan sendiri untuk meningkatkan kecekapan Wi-Fi

tips kecekapan wi-fi
Tips kecekapan Wi-Fi

Antara sebab sebahagian pengguna menghadapi masalah wi-fi adalah disebabkan berada jauh daripada router. Kesannya mempunyai "bar strength" yang rendah dan kadangkala ia terputus dengan sendiri. Faktor lain yang menyumbang ialah pengguna "share bandwidth" dengan pengguna yang lain di dalam satu sambungan menyebabkan perkongsian berlaku.

Alternatif yang ditunjukkan di dalam video ini adalah untuk meningkatkan kecekapan wi-fi serta menikmati 2 kali ganda kelajuan daripada biasa. Sebagai contoh sambungan wi-fi anda hanya mempunyai 1 bar sahaja. Melalui kaedah ini, bar anda akan mencapai sehingga 3 bar secara maksima. Kaedah ini boleh diaplikasikan secara praktikal dimana anda perlu melalukan penambahbaikan pada router wi-fi anda. Oleh itu, kemahiran anda diperlukan dalam situasi ini.

Alatan yang diperlukan:-
1) Aluminium foil (selalu digunakan untuk memastikan makanan itu masih panas) atau Aluminium Can seperti cola-cola, pepsi dan lain-lain.
2) Gunting
3) Pengukur

Selamat menonton dan mencuba.


Seorang usahawan internet yang mempunyai minat dalam bidang pemasaran internet. Meminati bidang teknologi dan dikongsikan melalui penulisan. Masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia sebagai pelajar ijazah sepenuh masa.

0 comments :

Post a Comment

 

© 2014 InfoTeknologi Hak Cipta Terpelihara
Dimiliki oleh Ariltech Enterprise (JM0641755-W). Disokong oleh Templateism