Wednesday, January 29, 2014

Cara intip Pengintip Melalui Ghostery

9:13 PM

Mengalami masalah tidak sedar diintip ketika melayari internet

Ghostery dapat mengesan pengintip dengan efektif

Rata-rata pengguna laman maya seringkali tidak endah akan hal seperti diintip ketika melayari internet. Ini adalah gara-gara tidak sedar akan kehadiran pengintip yang sebenarnya berpotensi untuk merobek masuk privasi anda.

intip pengintip ghostery
Elakkan anda diintip ketika melayari internet

Tahukah anda bahawa banyak laman web kini ditanam dengan Web Bug untuk mengintip anda. Sesetengah Web Bug ini tidak merbahaya iaitu sekadar mengawasi anda untuk respon tertentu. Namun ada juga Web Bug yang berselindung disebalik muka web untuk mengumpul maklumat tentang diri anda tanpa anda ketahui.

intip pengintip ghostery
Ghostery mengintip pengintip

Tetapi, apakah pula Web Bug? Secara ringkasnya, Web Bug merupakan grafik pada laman web atau pada mesej emel yang direka untuk memantau individu yang mengunjungi laman web atau mesej emel. la selalunya tidak kelihatan kerana saiznya kecil sahaja iaitu kira-kira 1x1 piksel

intip pengintip ghostery
Demonstrasi web bug

Pentadbir laman web menggunakan Web Bug untuk mempelajari lebih lanjut tentang diri anda, apa yang anda lakukan, mana yang anda klik, apa yang anda lihat dan sebagainya. Meskipun anda merasakan dengan memadam Cookie penggunaan Internet boleh membantu menangani masalah ini, namun ia tidak begitu. Memadam Cookie mungkin boleh melindungi privasi anda di Internet tetapi Web Bug masih ada di situ untuk mengintip anda. Selain memasang perisian sekuriti Internet seperti antivirus dan anti Spyware (iaitu satu kemestian tanpa kompromi), anda juga boleh menambah aplikasi atau Add On ini pada pelayar web anda untuk mengintip si pengintip ini. Ghostery boleh dipasang pada pelayar web Mozilla Firefox secara percuma dan ia membantu memberi amaran sekiranya sesebuah laman web yang anda lawati mengandungi Web Bug.

Sila muat turun Add On disini: Ghostery

intip pengintip ghostery
Add On - Ghostery oleh pelayar Firefox

Sumber Rujukan: Majalah PC Jan 2010

Seorang usahawan internet yang mempunyai minat dalam bidang pemasaran internet. Meminati bidang teknologi dan dikongsikan melalui penulisan. Masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia sebagai pelajar ijazah sepenuh masa.

0 comments :

Post a Comment

 

© 2014 InfoTeknologi Hak Cipta Terpelihara
Dimiliki oleh Ariltech Enterprise (JM0641755-W). Disokong oleh Templateism