Wednesday, January 29, 2014

Jom main permainan ular di Youtube

8:46 PM

Boring dengan loading video youtube yang lama

Permainan ular di youtube menghilangkan boring

YouTube merupakan video platform yang sangat popular untuk ditonton dan memuat naik sebarang video. Gah dengan kedudukannya di carta Alexa dengan menduduki tempat ke-3. Kebiasaannya apabila membuka video YouTube, dengan berbekalkan sambungan internet yang perlahan menyebabkan video yang ingin ditonton itu mengalami loading yang lama dan membosankan.

ular youtube
Permainan ular klasik di Youtube
Bagi mengelakkan rasa bosan, anda boleh mencuba permainan yang serba ringkas dan mudah ini sebelum video yang ingin ditonton selesai "buffering". Permainan ini merupakan permainan ular klasik di video. Dulunya permainan ini cukup dikenali di telefon bimbit dan sedia diinstalasi didalamnya.

Trik untuk bermain permainan ini cukup mudah iaitu apabila video anda mengalami loading, anda hanya perlu menekan LEFT AERO + UP AERO KEYS bersama-sama. Tekan kedua-dua key tersebut secara serentak dan bukannya satu demi satu. Tanpa disangkakan permainan ular anda sedang bermula seperti yang tertera di bawah ini.

Selamat mencuba.

ular youtube
Contoh ular di Youtube
ular youtube
Contoh ular di Youtube 1

Seorang usahawan internet yang mempunyai minat dalam bidang pemasaran internet. Meminati bidang teknologi dan dikongsikan melalui penulisan. Masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia sebagai pelajar ijazah sepenuh masa.

0 comments :

Post a Comment

 

© 2014 InfoTeknologi Hak Cipta Terpelihara
Dimiliki oleh Ariltech Enterprise (JM0641755-W). Disokong oleh Templateism